whitefly | bena putih | Perikanan | Akuakultur | Sejenis serangga perosak berwarna putih yang sering menyerang tumbuhan akuatik timbul seperti pokok Hygrophila deformis dan Echinodorus sp. Bena putih ini juga merupakan serangga perosak utama yang menyerang tanaman, seperti tanaman padi, cili dan tomato. Contoh spesies bena putih ialah Bemesia tabaci. |
assault | serangan | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Tindakan menyerang yang tidak melibatkan sentuhan, termasuklah percubaan memukul atau dengan tindakan atau perkataan yang menyebabkan ketakutan kepada mangsa. |
epizootic disease | penyakit epizootik | Perikanan | Akuakultur | Penyakit ikan yang menyerang sebilangan besar kumpulan ikan dalam satu masa yang sama. Penyakit ini merebak dengan cepat dan memberi kesan kepada populasi ikan di dalam suatu kawasan tertentu. |
aggressive behaviour | tingkah laku agresif | Perubatan | Psikiatri | Kelakuan yang cenderung untuk menyerang, bermusuh, kasar, suka berkelahi atau garang. |
intrusion prevention system | sistem penghalang pencerobohan | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Sistem yang mengambil tindakan menyerang bertujuan untuk menghalang penggunaan yang boleh membawa kepada pencerobohan terhadap sistem komputer. |
edwardsiellosis | edwardsielosis | Perikanan | Akuakultur | Penyakit ikan yang disebabkan oleh bakteria Edwardsiella sp. Penyakit ini menyerang ikan air tawar, ikan air payau dan ikan air masin. Gejala penyakit adalah berbeza antara satu spesies dengan spesies yang lain. Antara contoh gejalanya ialah ikan berenang berpusing-pusing, ikan berkeadaan lemah, timbul ulser yang kecil pada badan atau septisemik dan pembentukan abses, serta perdarahan pada sirip. |
motile aeromonas septicemia (MAS) | septisemia aeromonas motil (MAS) | Perikanan | Akuakultur | Penyakit ikan yang disebabkan oleh bakteria, Aeromonas hydrophila yang kebiasaannya menyerang ikan air tawar. Ikan yang diserang penyakit ini menunjukkan tanda bintik berdarah pada badan. Jangkitan ini juga boleh menyebabkan kadar kematian ikan yang tinggi. Contoh ikan yang boleh dijangkiti penyakit ini ialah ikan kap, sepat dan keli. |
cyber terrorism | keganasan siber | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Satu bentuk jenayah kekerasan yang dirancang oleh individu atau kumpulan yang menggunakan ruang siber untuk menyerang pangkalan data, sistem komputer atau bentuk teknologi maklumat dan komunikasi yang lain di sesebuah negara. Tujuan utama serangan ini adalah untuk mengancam keselamatan dan ketenteraman awam. Jenayah ini biasanya dilakukan berdasarkan kepentingan ekonomi atau fahaman politik. Contohnya, penyebaran virus yang bertujuan untuk melemahkan dan menjejaskan sistem komputer sesebuah negara. |
state sponsored terrorism | keganasan dibiaya negara | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Jenayah kekerasan yang dilakukan oleh individu atau kumpulan yang dibiayai oleh sesebuah negara untuk menyerang negara lain atau rakyatnya sendiri secara terancang, bertujuan untuk menimbulkan ketakutan dan ketidaktenteraman awam. Jenayah ini biasanya dilakukan berdasarkan kepentingan ekonomi atau fahaman politik. |
antibody | antibodi | Kejururawatan | Tiada | Sejenis protein darah khusus yang dihasilkan dalam tisu limfoid sebagai tindak balas terhadap kehadiran antigen tertentu. Antibodi beredar dalam plasma darah untuk menyerang antigen dan menjadikannya tidak berbahaya. |