Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nye.ro.no/.kan] | مڽرونوقکن

Definisi : menimbulkan rasa se­ronok (nyaman, enak, dll): bagi orang yg sabar, bunga ini sungguh ~ dan menenteram-kan hati; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nye.ro.no/.kan] | مڽرونوقکن

Definisi : menyebabkan berasa seronok; menyedapkan; menya­mankan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
seronok (adjektif)
Bersinonim dengan sedap, enak, gembira, riang, ria, meriah, suka, ceria, berseronok-seronok;,
Kata Terbitan : menyeronokkan, keseronokan,
Rujuk :suka, bersuka-suka;,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
home based recreationrekreasi berasaskan rumahPelanconganTiadaAktiviti yang menyeronokkan untuk dilakukan di rumah, seperti menjahit, membaca dan mendengar muzik.
course writerpenulis kursusTeknologi Maklumate-PembelajaranIndividu yang mereka bentuk, menulis jalan cerita dan skrip persembahan kandungan e-pembelajaran yang penuh bermaklumat, berjalinan, menyeronokkan dan menggalakkan penghayatan pelajar. Individu ini akan bekerjasama dengan pakar subjek, pereka bentuk kursus dan pakar platform e-pembelajaran. Lihat juga pereka bentuk pengajaran (ID).
game-based learningpembelajaran berasaskan permainanTeknologi Maklumate-PembelajaranPendekatan pembelajaran berasaskan permainan untuk mencapai hasil pembelajaran. Permainan direka bentuk dengan mengimbangkan antara isi pembelajaran dengan aturan permainan. Seterusnya, pentaksiran dilaksanakan terhadap kebolehan pelajar dari segi pengekalan dan pengaplikasian pengetahuan yang dipelajari kepada senario dunia sebenar. Konsep asas permainan seperti ulangan, kegagalan dan usaha pencapaian matlamat permainan menjadikan proses pembelajaran lebih menarik dan menyeronokkan.

Kembali ke atas