Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyé.wa] | مڽيوا

Definisi : menggunakan (meminjam) dgn membayar sewa: sekarang mereka ~ sebuah bilik kecil; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyé.wa] | مڽيوا

Definisi : menggunakan sesuatu dgn membayar sewa: Ketika mula-mula sampai di Kuala Lumpur dahulu, saya ~ sebuah bilik di Kampung Pandan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menyewa


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
affreightmenyewaPelayaranTiadaPerbuatan menyewa kapal untuk mengangkut barang.
bai‘ istighlaljual beli istighlalPerniagaan IslamTiadaAkad jual beli barang dengan syarat penjual boleh menyewa kembali barang tersebut. Contohnya, pemilik rumah kedai menjual bangunannya dan kemudian menyewa kembali daripada pembeli. Melalui jual beli ini, pihak penjual dapat memperoleh wang tunai untuk keperluannya dan masih boleh menjalankan perniagaan di bangunan yang sama.
isti’jarmenyewa/mengupahPerniagaan IslamTiada1. Perihal aktiviti sewa. Contohnya, dalam perniagaan, sewaan atau pajakan jentera, kenderaan, ruang pejabat atau kediaman. 2. Perihal aktiviti upah. Contohnya, upahan meliputi perkhidmatan guaman, rundingan dan kepakaran.
الإستئجارmemohon menyewaAgama IslamFiqh-
bareboat time chartercarter masa kapal kosongPelayaranTiadaTempoh waktu penyewa menyewa kapal kosong.
copy holderpenyewa tanah (England kurun ke-16)SejarahTiadaOrang yang menyewa tanah di England dan Ireland sebelum 1894 di bawah penyewaan tuan tanah.
sell upjual tinggiPentadbiran PerniagaanTiadaMeyakinkan pelanggan untuk membeli barangan atau menyewa bilik yang lebih mahal.
affreightmentpenyewaanPelayaranTiadaPerjanjian antara pemilik kenderaan pengangkutan laut dengan pihak yang menyewa kemudahan itu, yang mengandungi butir-butir tentang khidmat mengangkut barang.
manfa‘ahmanfaatPerniagaan IslamTiadaSesuatu yang boleh dinikmati dan diperoleh daripada barang dengan cara menggunakannya. Contohnya, faedah menyewa rumah atau kenderaan, menunggang haiwan dan menggunakan perkhidmatan pekerja.
doghousepondok anekaKejuruteraanPetroleumRumah kecil yang digunakan bagi menyimpan rekod-rekod penyewaan, tempat menukar pakaian para pekerja dan kegunaan-kegunaan lain yang berhubungan dengan hal sewa menyewa. Kadangkala digunakan juga sebagai tempat menyimpan barang-barang lain seperti fail-fail rekod dan sebagainya.
12

Kembali ke atas