Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyé.wa.kan] | مڽيواکن

Definisi : = mempersewakan mem­beri orang lain menggunakan sesuatu dgn mengutip sewa: tuan rumah itu juga turut tertangkap kerana ~ rumahnya utk tempat berjudi; rumah-rumah petak itu didirikannya utk dipersewakan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyé.wa.kan] | مڽيواکن

Definisi : membenarkan orang lain menggunakan sesuatu dgn mengambil sewa: Di sini ada orang ~ pakaian pengantin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menyewakan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ijarah malsewaan hartaPerniagaan IslamTiadaAkad sewaan harta tertentu untuk diambil atau digunakan faedahnya. Sewaan harta hukumnya harus di sisi syarak dengan dinyatakan jumlah bayaran serta tempohnya. Contohnya, sewaan harta untuk mendapatkan keuntungan secara bulanan, seperti menyewakan rumah, kereta dan tanah.
riparianriparianPerikananTiadaBerkaitan dengan kawasan tebing sungai yang akan kelihatan apabila air surut dan tenggelam apabila air pasang. Semasa air surut, hidupan yang berada di tebing akan kelihatan dan hidupan tersebut merupakan hak milik tuan tanah. Tuan tanah mempunyai hak untuk menangkap, memelihara atau memancing ikan, atau menyewakan kawasan tebing tersebut kepada pihak lain.
musyarakah mutanaqisah financingpembiayaan musyarakah mutanaqisahEkonomiEkonomi IslamPembiayaan yang melibatkan dua akad, iaitu akad musyarakah dan akad ijarah. Dalam akad musyarakah, pembiaya dan pelanggan berkongsi menyumbang modal mengikut peratusan tertentu. Contohnya, pembiaya dan pelanggan berkongsi membeli satu aset pada kadar 80% dan 20%. Aset tersebut merupakan milikan perkongsian antara pembiaya dengan pelanggan. Dalam kontrak ijarah pula, perkongsian tersebut menyewakan aset kepada pelanggan dan hasil sewanya dibahagi mengikut kadar syer. Namun demikian, pelanggan tidak mengambil hasil sewa bahagiannya sebaliknya digunakan untuk membeli syer pembiaya secara ansuran. Pelanggan juga boleh membuat bayaran tambahan untuk mempercepat proses pemilikan syer. Pada akhir perkongsian semua milikan akan berpindah kepada pelanggan.
profit and loss sharing (PLS security)sekuriti perkongsian untung rugi (PLS)EkonomiEkonomi IslamInstrumen kewangan yang menunjukkan kepemilikan saham biasa dalam sesuatu projek tertentu. Pemegang saham layak memperoleh keuntungan atau kerugian daripada perolehan projek tersebut. Pengeluar mengeluarkan sekuriti PLS untuk mendapatkan dana dan melaburkannya dengan membeli barang secara tunai atau bayaran pendahuluan dan menjual semula barang tersebut berdasarkan bayaran tertangguh atau menyewakan barang tersebut. Sekuriti PLS boleh berbentuk sijil mudarabah satu urus niaga, sijil mudarabah bertempoh tetap, sijil musyarakah satu urus niaga dan sijil musyarakah bertempoh tetap. Sinonom sekuriti PLS.

Kembali ke atas