Hibiscus rosa-sinensis | bunga raya merah | Herba | Botani dan Bioteknologi | Tumbuhan jenis renek berkayu dalam famili Malvaceae. Bunga raya merah tumbuh subur di kawasan yang terdedah kepada matahari. Daunnya jenis ringkas berbentuk ovat, tepi daun bergerigi, dan berwarna hijau berkilat. Bunganya jenis tunggal dan besar. Bunga dan daunnya digunakan untuk merawat masalah pernafasan, sakit kulit, beguk, demam dan bisul. Daun, bunga dan akarnya bersifat antiseptik untuk merawat bisul, ulser dan jangkitan kulit. Akar dimakan sebagai penawar racun. Lendir daun dan bunga digunakan untuk melebatkan dan menyihatkan rambut. Bunganya juga boleh dibuat jus. Tumbuhan ini ditanam sebagai hiasan landskap. |
Hibiscus rosa-sinensis var. albus | bunga raya putih | Herba | Botani dan Bioteknologi | Tumbuhan jenis renek berkayu dalam famili Malvaceae. Bunga raya putih tumbuh subur di kawasan yang terdedah kepada matahari. Daunnya jenis ringkas berbentuk ovat, tepi daun bergerigi dan berwarna hijau berkilat. Bunganya jenis tunggal dan besar berwarna putih. Bunga dan daunnya digunakan untuk merawat masalah ruam, bisul, radang kulit, sifilis, demam dan batuk. Air rendaman daun dibuat demah untuk merawat demam dan sakit kepala. Rebusan kulit batang bunga raya putih diminum untuk membaiki kitaran haid. Lendir daun dan bunga dilumurkan ke kepala untuk mencegah keguguran rambut, melebatkan dan menyihatkan rambut. Tumbuhan ini ditanam sebagai hiasan landskap. |
Phyllanthus emblica | pokok melaka | Herba | Botani dan Bioteknologi | Tumbuhan jenis pokok dalam famili Euphorbiaceae dan dikenali juga sebagai amla. Tumbuhan ini tumbuh liar di hutan tanah pamah dan hutan bukit. Daunnya jenis majmuk pinat dan mempunyai anak daun kecil berbentuk bujur. Bunganya bersaiz kecil dan berwarna kuning kehijau-hijauan. Buahnya bulat tidak bertangkai dan jenis beri. Bijinya keras, terdapat di hujung tangkai daun. Jus buahnya diminum untuk merawat batuk, jaundis dan pedih ulu hati. Daunnya dimakan untuk mengubati cirit-birit dan masalah penghadaman. Bijinya untuk mengubati lelah dan bronkitis, darah tinggi dan kencing manis. Buahnya mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi dan digunakan untuk menghitamkan dan menyihatkan rambut. |
cognitive balancing | perimbangan kognitif | Komunikasi | Korporat | Konsep dalam teori ketekalan yang menjelaskan bahawa sesuatu motivasi penyelesaian konflik dalam memilih strategi penyaluran maklumat atau membuat keputusan banyak bergantung pada jumlah maklumat yang ada. Maklumat ini adalah mengenai kecenderungan kekuatan minda manusia untuk mencari keharmonian dan keseimbangan yang dijangka boleh menguntungkan pihak yang terlibat. Teori ini banyak digunakan dalam bidang pengiklanan dan bidang komunikasi lain, seperti komunikasi pembangunan dan perhubungan awam yang menekankan keperluan pemujukan. Sebelum penyediaan mesej berunsur pemujukan terutama mesej yang bertentangan dengan kepercayaan umum, pihak penyalur mesej perlu mengumpul sebanyak mungkin maklumat mengenai khalayak sasaran mesej, terutama dari segi kekuatan minda mereka. Contohnya, sebelum penerbitan pengiklanan makanan ringan dilakukan, pihak pengiklan akan mendapatkan sebanyak mungkin maklumat mengenai kesedaran ibu bapa terhadap pengambilan makanan yang menyihatkan berbanding maklumat mengenai pengambilan mak |