Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyim.bah] | مڽيمبه

Definisi : 1. menying­singkan (kain, baju, dll); 2. menyelak, me­nyingkap: ~ kelambu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyim.bah] | مڽيمبه

Definisi : 1. menyiram (dgn air dll hingga basah), memerciki, menyimbur: kadang­kadang disimbahnya air ke perahu kawan yg berselisih; sanggupkah kau melihat darah merah ~ bumi? 2. keluar dgn banyaknya (peluh): keringat dinginnya juga telah ~ di dahinya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyim.bah] | مڽيمبه

Definisi : 1 menyiram dgn air dll sehingga basah: ~ lantai. 2 keluar bermanik-manik (bkn peluh): Peluh ~ di dahinya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
simbah
Kata Terbitan : bersimbah, menyimbah, simbahan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dominant impressionkesan utamaKesusasteraanPuisiKesan terpenting yang dirasakan selepas pembacaan sesebuah puisi. Kesan puisi ini boleh menggores perasaan tentang kekejaman yang berakhir dengan kematian. Contohnya, puisi "Bunga Popi" karya Usman Awang. Bunga popi bunga mayat perajurit bergelimpangan, Bunga darah merah menyimbah, penuh kengerian, Kami benci pada perang penuh pembunuhan ! Kami rindu pada damai sepanjang zaman!

Kembali ke atas