Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyim.pang] | مڽيمڤڠ

Definisi : 1. melencong dr arah yg asal, membelok ke jalan lain: ia tidak terus pulang, tetapi ~ ke rumah kawan-kawannya; 2. membelok (supaya jangan terlanggar), mengelak (dlm perjalanan), menghindar (ke tepi dll): jika ia bertahan kamu sekalian ~; 3. tidak menurut yg betul (ajaran dll), menyeleweng (drpd yg ditentukan), sesat: cara ahli hukum bekerja tidak ~ drpd ketentuan hukum; istilah yg dibentuk tidak terlalu jauh ~ drpd istilah asal; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyim.pang] | مڽيمڤڠ

Definisi : 1 melencong dr arah yg mula-mula; membelok ke arah lain: Kalau tidak ~, tentulah aku berlanggar dgn beca itu tadi. 2 tidak menurut apa-apa yg sepatutnya; menyeleweng dr yg sebenarnya: Kami tidak pernah ~ dr ajaran Nabi Besar kita. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
simpang (kata nama)
Bersinonim dengan cabang, cagak, canggah;,
Kata Terbitan : bersimpang, menyimpang, menyimpangkan, persimpangan, penyimpangan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
magnus effectkesan magnusSains SukanBiomekanikKesan yang menyimpang atau mengalihkan sesuatu objek dari laluannya secara drastik akibat rintangan udara dan putaran objek tersebut. Contohnya, putaran atas pada bola menyebabkan bola menjunam secara mendadak.
figure of speechbunga bahasaKesusasteraanPuisiPenggunaan bahasa yang menyimpang daripada makna harfiahnya; kesan penggunaannya menimbulkan tanggapan gambaran tertentu dalam fikiran pembaca atau pendengar. Jenis-jenis bunga bahasa antaranya ialah simile, metafora, personifikasi, ironi dan hiperbola. Sinonim majas.
accident conditionkeadaan kemalanganSains NuklearKejuruteraan ReaktorPeristiwa atau keadaan yang menyimpang daripada kendalian normal. Akibat peristiwa dan keadaan ini adalah lebih teruk daripada akibat kejadian kendalian dijangka.
logopoeialigopiaKesusasteraanTiadaJalinan idea yang terbit apabila perkataan yang digunakan diberi maksud yang menyimpang daripada biasa. Istilah ini dicipta oleh sasterawan Amerika, Ezra Pound. Logopia berasal daripada perkataan Yunani logopoeia yang bermaksud �mencipta perkataan�.
alternating strabismusstrabismus silih bergantiSains KesihatanTiadaStrabismus yang dicirikan oleh salah satu mata menyimpang dari sasaran penglihatan.
intermittent strabismusstrabismus sekali sekalaSains KesihatanTiadaStrabismus yang dicirikan oleh salah satu mata menyimpang dari sasaran penglihatan dalam keadaan tertentu.
unilateral strabismusstrabismus unilateralSains KesihatanTiadaKeadaan strabismus yang melibatkan hanya satu mata yang menyimpang dari paksi penglihatan.
manifest strabismusstrabismus nyataSains KesihatanTiadaStrabismus yang dicirikan oleh paksi penglihatan satu mata yang menyimpang dari sasaran penglihatan.
complicationruwetanKesusasteraanTiadaHalangan yang wujud dalam naratif atau drama yang menyebabkan jalan cerita berubah atau menyimpang daripada plot yang sedang dikembangkan. Halangan ini biasanya muncul secara mendadak atau tiba-tiba dalam bentuk konflik atau kerumitan. Contohnya, apabila kuasa yang bertentangan bertembung atau munculnya maklumat baharu tentang watak atau situasi yang menambahkan masalah, atau timbulnya salah faham. Kerumitan ini diselesaikan dalam bahagian peleraian cerita. Dalam tragedi lima babak, babak kedua sering dikenali sebagai �babak keruwetan�. Lihat juga aksi, aksi menaik, peleraian.
latent strabismusstrabismus pendamSains KesihatanTiadaStrabismus yang dicirikan oleh kedudukan paksi penglihatan salah satu mata yang menyimpang dari sasaran penglihatan semasa berkeadaan pasif.
12

Kembali ke atas