Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyi.na.ri] | مڽينري

Definisi : 1.memancarkan cahaya kpd, menerangi, menyuluhi: tubuh badannya te­rang-benderang kerana disinari oleh cahaya bulan itu; 2. ki mengajar makhluk Allah (manusia, dll) supaya dapat melihat kebenar­an-Nya: al-Quran itu ~ alam ini supaya tidak kegelapan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyi.na.ri] | مڽينري

Definisi : memancarkan cahaya atau sinar pd; menerangi: Matahari ~ bumi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sinar
Kata Terbitan : sinaran, bersinar, menyinar, bersinar-sinar, menyinari, menyinarkan, penyinaran,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dual wavelength spectrophotometerspektrofotometer panjang gelombang duaanKimiaKimia AnalisisSpektrofotometer yang digunakan untuk melakukan pengukuran fotometri bahan-bahan secara menyinari suatu sampel dengan dua sinaran yang mempunyai panjang gelombang berbeza iaitu berasal daripada dua sumber berlainan.
dual-wavelength photometerfotometer panjang gelombang duaanKimiaKimia AnalisisPengesan fotometri dalam teknik kromatografi turus cecair yang berdasarkan penyerapan cahaya ultralembayung oleh sebatian kimia. Dalam fotometer ini lampu raksa menyinari tabir yang disaluti separa dengan penukar fosfor yang bertindak sebagai sumber cahaya komposit, masing-masing dengan panjang gelombang berbeza iaitu 254 nm dan 280 nm dan terpecah kepada dua alur yang berlainan. Separa relatif pada 254 nm dan 280 nm digunakan sebagai asas kualitatif.

Kembali ke atas