Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyo.kong] | مڽوکوڠ

Definisi : 1. menyangga (menopang) se­suatu supaya jangan rebah atau roboh: be­berapa orang ~ dan memapah dia supaya jangan rebah; 2. menyatakan persetujuan dan memberi perangsang dgn atau tanpa bantuan kebendaan dll, memberi bantuan (tenaga, wang, dll), membantu: saya ~ penuh fikiran penulis itu; gerila kami ~ pembe­rontakan mereka; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyo.kong] | مڽوکوڠ

Definisi : 1 menaruh sang­ga pd sesuatu supaya tidak rebah; menyangga; menopang. 2 memberikan bantuan (baik berupa wang mahu­pun tenaga dsb); membantu: Saya ~ usul saudara tadi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sokong (kata nama)
Bersinonim dengan tiang, sangga, topang, tunjang, galang, junjungan, penjalaran, tumpil;,
Kata Terbitan : menyokong, sokongan, penyokong,

Peribahasa

Bahu memikul,
     hati menyokong.

Bermaksud :

Dengan sukarela, tidak dengan dipaksa.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
rest (in mechanics)pegun; diam (mekanik)KejuruteraanTiada1. Bahagian mesin larik yang menyokong atau menyampaikan gerakan kepada perkakas atau tiang perkakas, atau yang menyokong bahan kerja pada tekanan pemotongan. 2. Berhenti daripada sebarang tindakan atau gerakan.
pedestalpedestalKesenianHiasan Dalaman1. Struktur seperti tiang dalam era klasik yang terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu tapak, dado dan kepala. 2. Pelapik yang digunakan untuk menyokong kekuatan dan kestabilan sesebuah tiang. 3. Laci yang boleh menyokong meja, laci tergantung atau laci yang terpisah dari struktur meja dan boleh digerakkan. 4. Bahagian binaan yang sengaja ditinggikan untuk mempamerkan sesuatu benda atau hiasan agar kelihatan lebih menonjol.
eunotumeunotumBiologiTiadaPlat notum yang menyokong sayap pada anterior posnotum.
wing walldinding kepakKejuruteraanTiadaDinding yang menyokong tanah tebing dan mengawal hakisan yang dibina di kedua-dua hujung pembentung.
peacebuilderpenggerak keamananUmumTiadaIndividu atau organisasi yang menyokong, menggalakkan dan membawa kepada keamanan. Individu atau organisasi ini berusaha untuk melaksanakan langkah-langkah yang dapat mewujudkan dan mempertahankan keamanan dalam sesebuah negara yang terjejas akibat perang atau konflik-konflik lain melalui sokongan terhadap ekonomi, politik dan pembangunan sosial.
axlegandarKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaBatang silang yang menyokong kenderaan dan menempatkan roda.
stringeribu tanggaKesenianHiasan DalamanKomponen penting tangga bagi menyokong anak tangga. Ibu tangga biasanya diperbuat daripada kayu, konkrit, dan logam.
crankcasekotak engkolKejuruteraan AutomotifEnjinBahagian bawah enjin yang menyokong dan menjadi perumah kepada aci engkol. Kotak engkol membentuk bahagian bawah blok silinder dan mengandungi takungan minyak pelincir untuk melicinkan operasi aci engkol dan komponen yang bersambung dengannya.
slidegelongsoran; slaid; gelangsar; gelongsor(sofbol)KesenianTiadaGelangsar: Alat untuk menyokong sesuatu bahagian untuk membolehkannya bergelongsor pada landasannya.
piston bosstombol ombohKejuruteraan AutomotifEnjinBahagian kambi omboh yang menyokong cemat omboh. Bahagian ini ditebalkan untuk menguatkan sambungan omboh dengan rod penyambung. Permukaan dalam tombol ini biasanya dicanai untuk mengurangkan geseran dengan cemat omboh.
123456

Kembali ke atas