Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyong.sang.kan] | مڽوڠسڠکن

Definisi : menjadikan terbalik (yg di atas menjadi di bawah, yg sepatutnya di­dahulukan dikemudiankan, dll), membalik­kan, menterbalikkan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyong.sang.kan] | مڽوڠسڠکن

Definisi : menjadikan atau meletakkan sesuatu menyongsang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menyongsangkan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Data Encryption Standard (DES)Piawai Penyulitan Data (DES)Teknologi MaklumatKeselamatan KomputerAlgoritma yang menjadi piawai untuk penyulitan dan penyahsulitan data sejak tahun 1977. Algoritma ini dihasilkan untuk menyelaraskan algoritma yang digunakan untuk penyulitan komunikasi bagi tujuan perniagaan dan merupakan satu sifer blok berkekunci simetri. DES terdiri daripada jujukan operasi yang berulang sebanyak 16 kali serta menggunakan satu kekunci yang bersaiz gandaan 64 bit. Penyahsulitan dilakukan dengan menyongsangkan algoritma DES dengan kekunci yang sama. Lihat juga sifer blok dan kekunci simetri.
Vernam ciphersifer VernamTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerKaedah penyulitan sifer alir yang menggunakan kaedah yang sama dengan pad sekali guna. Kaedah ini dicipta oleh Gilbert S. Vernam dari Syarikat AT & T bertujuan untuk penyulitan data pada sistem komputer pita tebuk. Suatu rentetan nombor rawak dijana mengikut panjang aksara mesej yang ingin disulitkan. Setiap aksara dalam mesej berkenaan akan diwakilkan dengan nombor. Contohnya, A=0, B=1, C=2 hingga Z=25. Bagi setiap aksara, nilai perwakialan nombornya akan ditambahkan dengan nombor rawak yang dijanakan untuk kedudukan yang sama dalam mesej dan kemudiannya dimodulus 26. Seterusnya, hasil tersebut akan ditukarkan ke bentuk abjad dengan menyongsangkan kaedah perwakilan nombor. Contohnya, 0=A, 1=B, 2=C hingga 25=Z. Proses yang sama akan berulangan sehingga keseluruhan mesej disulitkan.

Kembali ke atas