fed batch | suapan berkelompok | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Kaedah pengendalian reaktor kelompok dengan menyuapkan bahan tindak balas yang akan mengawal tindak balas kimia pada masa dan kadar tertentu sahaja. |
continuous fed batch | suapan berkelompok berterusan | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Kaedah pengendalian reaktor kelompok dengan menyuapkan bahan tindak balas yang akan mengawal tindak balas kimia pada kadar yang berubah supaya kepekatan bahan tindak balas tersebut sentiasa malar. |
exponential fed batch | suapan berkelompok eksponen | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Kaedah pengendalian reaktor kelompok dengan menyuapkan bahan tindak balas yang akan mengawal tindak balas kimia pada kadar yang meningkat secara eksponen. |
constant fed batch | suapan berkelompok malar | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Kaedah pengendalian reaktor kelompok dengan menyuapkan bahan tindak balas yang akan mengawal tindak balas kimia pada kadar yang malar dan berterusan. |
method of excess | kaedah berlebihan | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Kaedah ujian kinetik separa secara melakukan ujian kinetik dengan menyuapkan salah satu bahan tindak balas yang perlu dikaji, dengan kepekatan yang berlebihan daripada yang diperlukan oleh stoikiometri tindak balas. |
method of initial rate | kaedah kadar awal | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Kaedah ujian kinetik separa secara melakukan ujian kinetik, dengan menyuapkan bahan tindak balas yang berlainan kepekatan. Kadar tindak balas sebenar kemudian ditentukan secara penentuluaran pada keadaan kepekatan tindak balas awal. |
radio transmitter | pemancar radio | Kejuruteraan | Tiada | Peralatan yang digunakan untuk menguatkan isyarat pembawa frekuensi radio, memodulatkan isyarat pembawa dengan sewajarnya, dan menyuapkan pembawa termodulat ke antena untuk pemancaran ke ruang angkasa sebagai gelombang elektromagnet. |