Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyu.lit.kan] | مڽوليتکن

Definisi : 1. menjadikan sulit (rumit), menyukarkan, menyusahkan: soal wang se­lalu ~; 2. menjadikan sulit (tersembunyi), merahsiakan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyu.lit.kan] | مڽوليتکن

Definisi : menyebabkan menjadi sulit; menyusahkan; menyukarkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sulit (adjektif)
1. Bersinonim dengan sukar: susah, payah, rumit,

2. Bersinonim dengan dirahsiakan: tersembunyi, tidak terang-terang, diam-diam, senyap-senyap, gelap, haram, tidak dibenarkan, bawah tanah,
Berantonim dengan terang-terang

3. Bersinonim dengan jarang ada: susah dicari, jarang diketemui, mahal,

Kata Terbitan : menyulitkan, kesulitan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
password crackerperekah kata laluanTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerPerisian atau perkakasan yang meneka perkataan yang mungkin digunakan sebagai kata laluan. Perisian ini menyulitkan perkataan yang diteka dengan algoritma penyulitan kata laluan seperti MD5 dan mencari persamaan dengan kata laluan yang tersulit. Perkataan yang diteka adalah kata laluan sekiranya terdapat persamaan. Contoh perekah kata laluan ialah Jack the Ripper.
bombastgembaranKesusasteraanPuisiPenerapan bahasa dalam sesebuah puisi yang terlalu hebat, berdegar-degar, berlebih-lebihan berbanding dengan sesuatu masalah atau pemikiran yang hendak disampaikan sehingga menyulitkan khalayak menghayati dan memahaminya.
secure hypertext transfer protocol (SHTTP)protokol perpindahan hiperteks selamat (SHTTP)Teknologi MaklumatKeselamatan KomputerProtokol perpindahan hiperteks (HTTP) yang ditingkatkan untuk membenarkan komunikasi selamat melalui rangkaian Internet. Protokol ini menyulitkan fail atau menyertakan sijil digital pada fail untuk tujuan pengesahan. Pelanggan yang menggunakan SHTTP untuk menghubungi pelayan boleh menghantar sijil digital untuk mengesahkan identiti pengguna, di samping mengesahkan identiti pelayan pada masa yang sama.

Kembali ke atas