Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.yum.bang.kan] | مڽومبڠکن

Definisi : memberikan sesuatu (tenaga, wang, dll) sbg sokongan atau bantuan, memberikan bantuan (pertolongan): bebe­rapa orang anak muda kami masuk hutan ~ tenaga dlm gerakan gerila melawan Jepun; namun Islamlah yg ~ ciri-ciri yg dominan dlm kebudayaan Islam; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.yum.bang.kan] | مڽومبڠکن

Definisi : ; ~ langkah a) sengaja membuat langkah sumbang dlm silat (utk mengumpan lawan); b) melakukan sesuatu yg bertentangan dgn adat, melanggar adat; (bkn per­buatan dll), keadaan dsb sumbang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.yum.bang.kan] | مڽومبڠکن

Definisi : menjadikan se­suatu sbg sokongan atau bantuan; memberikan sesuatu sbg bantuan: Mereka telah ~ fikiran dan tenaga terhadap penubuhan universiti itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sumbang2
1. Bersinonim dengan melanggar adat: salah adat, biadab, tidak sopan,

2. Dalam konteks suara
bersinonim dengan janggal, palsu, sember, someng, tidak sedap didengar,

3. Bersinonim dengan salah: silap, khilaf, keliru, pelak,

Kata Terbitan : menyumbangkan, menyumbang-nyumbangkan, menyumbang, menyumbangkan, sumbangan, penyumbang,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
plasmidsplasmidBioinformatikBioinformatik MolekulGelungan DNA yang wujud di luar kromosom bakteria dan secara lazimnya menyumbangkan beberapa fungsi yang penting kepada bakteria.
loanable funddana boleh pinjamEkonomiTiadaDana yang ditawarkan ke pasaran wang untuk dipinjam. Dua sumber yang menyumbangkan kepada dana pinjaman, iaitu bank perdagangan, dan penabung yang terdiri daripada individu, syarikat, dan kerajaan. Individu menabung sebahagian daripada pendapatan boleh guna, syarikat menabung elaun susut nilai dan sebahagian daripada perolehan tersimpan, sementara kerajaan menabung lebih hasil cukai. Tabungan dianggap dana pinjaman hanya apabila tabungan itu ditawarkan untuk dipinjam, sama ada secara langsung kepada peminjam atau melalui pengantara kewangan seperti bank.
n-type semiconductorsemikonduktor jenis-nFizikNanoteknologiSemikonduktor ekstrinsik yang ketumpatan elektron konduksinya melebihi ketumpatan lohong. Semikonduktor jenis-n diperoleh dengan melakukan proses pendopan, iaitu dengan menambah atom penderma yang dapat menyumbangkan elektron bebas kepada bahan semikonduktor. Banding semikonduktor jenis-p.
p-type semiconductorsemikonduktor jenis-pFizikNanoteknologiSemikonduktor ekstrinsik yang ketumpatan lohongnya melebihi ketumpatan elektron konduksi. Semikonduktor jenis-p diperoleh dengan melakukan proses pendopan, iaitu dengan menambah atom penerima yang dapat menyumbangkan lohong kepada bahan semikonduktor. Banding semikonduktor jenis-n.
theatre of the absurdteater absurdKesusasteraanTiadaTeater yang mengungkapkan pemikiran absurdisme. Pemikiran ini menegaskan bahawa manusia tidak bermakna, tidak rasional, tidak berguna, dan tidak logik. Istilah ini dipopularkan oleh Martin Esslin dalam bukunya yang berjudul Theatre of the Absurd. Pada asalnya, istilah ini terkandung dalam karya Albert Camus berjudul the Myth of Sisyphus (1943). Drama yang terkenal dengan gaya absurd ialah Waiting of Godot oleh Samuel Beckett, drama Henry IV dan Six Characters in Search of an Author oleh Luigi Pirandello, drama Invitation to the Chateau, Waltz of the Toreadours dan the Lark�, semuanya oleh Jean Anouilh. Jean Paul Sartre pula menyumbangkan karya absurd yang berjudul The Flies, No Exit dan The Condemned of Altona, sementara Albert Camus menulis karya berjudul Caligula dan State of Seige. Antara drama Malaysia yang cenderung kepada bentuk absurd ialah drama Dinsman Jangan Bunuh Diri dan Anna, serta drama Patung-patung oleh Hatta Azad Khan. Dalam sastera Arab, teater absurd terdapat dalam Masrahiyat al-Farafir oleh Yusuf Idris. Lihat juga absurd.
little theatreteater kecilKesusasteraanTiadaTeater yang muncul pada awal kurun ke-20 di Amerika. Kemunculannya bertujuan untuk membebaskan bentuk drama dan kaedah produksi drama daripada kekangan tuntutan teater komersial. Pergerakan Little Theatre mengasaskan banyak pertubuhan atau pusat drama kecil yang bersifat eksperimental. Antara kumpulan Little Theatre ialah Chicago Little Theatre, The Toy Theatre of Boston, The Neighbourhood Playhouse di New York. Selepas perang, hampir kesemua kumpulan Little Theatre menukar status mereka, sama ada menjadi kumpulan separa profesional atau profesional atau diserapkan ke dalam komuniti teater. Pergerakan teater ini memainkan peranan penting dalam menyumbangkan idea dan amalan berteater di Amerika. Antara dramatis yang memulakan kerjayanya di Little Theatre ialah Eugene O�Neill.

Kembali ke atas