Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyun.ti/] | مڽونتيق

Definisi : 1. mengorek keluar (duri dr dlm kulit dll) dgn jarum, mencungkil, mencucuk; 2. mengukir dgn benda tajam (pd logam dll); 3. memasukkan ubat ke dlm badan dgn jarum: kemudian jururawat memanggil doktor, doktor datang ~nya; 4. = ~ cacar memasukkan benih penyakit cacar ke dlm badan (utk mencegah penyakit cacar), menanam cacar; 5. bp mengapi-apikan, mengacum, menghasut: mereka akan disuntik dgn fikiran­-fikiran anti-Barat; 6. memberikan, menye­diakan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyun.ti/] | مڽونتيق

Definisi : 1 mencungkil duri keluar dr dlm daging dgn menggunakan jarum suntik. 2 mencucuk bahagian badan dgn jarum suntik utk memasukkan ubat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
suntik
Kata Terbitan : menyuntik,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
direct injectionsuntikan terusKejuruteraan AutomotifEnjinProses menyuntik bahan api terus ke dalam kebuk pembakaran. Dalam proses ini, udara bersih masuk melalui pancarongga pengambilan semasa lejang pengambilan dan dikawal melalui permeteran jisim udara. Manakala bahan api disuntik di akhir lejang mampatan. Sistem ini digunakan untuk enjin diesel dan memerlukan tekanan yang sangat tinggi untuk membolehkan bahan api dipaksa masuk ke dalam kebuk pembakaran dan bercampur dengan udara semasa lejang mampatan. Singkatan DI. Banding suntikan tak langsung.
pulse air injectionsuntikan udara denyutanKejuruteraan AutomotifEnjinProses menyuntik udara sekitaran ke dalam sistem pancaran ekzos secara denyutan sebagai satu cara untuk menyempurnakan tindak balas pembakaran gas ekzos. Proses ini dijalankan oleh sebuah peranti yang diletakkan dalam sistem ekzos.
gasoline direct injectionsuntikan terus gasolinKejuruteraan AutomotifEnjinProses menyuntik bahan api terus ke dalam kebuk pembakaran. Dalam proses ini, udara bersih masuk melalui pancarongga pengambilan semasa lejang pengambilan dan dikawal melalui permeteran jisim udara. Dalam keadaan biasa, bahan api disuntik semasa lejang mampatan. Walau bagaimanapun, dalam keadaan kelajuan yang tinggi bahan api mula disuntik lebih awal lagi, iaitu di hujung lejang pengambilan. Sistem ini digunakan pada enjin kitar Otto yang menggunakan gasolin.
rapid tranquilisationtrankuilisasi pantasPerubatanPsikiatriProses untuk menenangkan pesakit dengan menyuntik ubat sehingga keadaan pesakit terkawal.
fuel injectorpenyuntik bahan apiKejuruteraan AutomotifEnjin1. Injap suntikan yang menyuntik bahan api ke dalam pancarongga pengambilan sesebuah enjin. Terdapat tiga kedudukan yang digunakan oleh penyuntik ini, iaitu sebelum injap pendikit atau sebelum injap pengambilan atau terus dalam kebuk pembakaran. Penyuntik ini mempunyai satu liang atau lebih dan boleh dikawal oleh solenoid atau secara mekanikal. 2. Muncung suntikan yang menyemburkan bahan api terus ke dalam kebuk pembakaran bagi enjin suntikan terus seperti enjin diesel yang bercampur dengan udara termampat semasa lejang mampatan. Muncung ini dikawal secara solenoid atau mekanikal. Sinonim muncung suntikan, pemancit bahan api.
loopgelungKimiaKimia AnalisisTiub rerambut yang diketahui isipadunya dan digunakan untuk menyuntik sampel di dalam sistem kromatografi cecair prestasi tinggi.
air injection systemsistem suntikan udaraKejuruteraan AutomotifEnjinSistem kawalan pancaran ekzos yang menggunakan pam tekanan rendah untuk menyuntik udara bersih ke dalam sistem ekzos. Oksigen dari udara digunakan untuk melengkapkan pembakaran karbon monoksida dan hidrokarbon yang lengkap pembakarannya supaya dapat disempurnakan. Sinonim sistem pancitan udara.
proportional pumppam perkadaranKimiaKimia AnalisisPam yang direka bentuk untuk mengawal dengan jitu kadar alir cecair dengan perlahan. Ia digunakan untuk menyuntik amaun kecil sampel cecair ke dalam sistem aliran selanjar.
injection blockblok penyuntikanKimiaKimia AnalisisTempat sampel disuntik ke dalam turus dalam kromatografi gas. Ia diperbuat daripada bahan lengai dan tahan kepada suhu yang tinggi seperti keluli, dan mengandungi satu septum kenyal bagi menyuntik sampel.

Kembali ke atas