Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyun.ting] | مڽونتيڠ

Definisi : 1. memetik bunga (utk dijadi­kan sunting dll): ia bermain di taman ramai sambil ~ bunga hati, memetik kembang murni; 2. memperkemas dan menyiapkan karangan (makalah dll) utk dicetak; 3. menyusun filem dll (sebelum ditayangkan); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyun.ting] | مڽونتيڠ

Definisi : 1 memper­baik serta mengemaskan sesuatu ka­rang­an dll utk disiarkan atau utk diterbitkan. 2 mengemaskan sesuatu filem supaya tersusun rapi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sunting
Kata Terbitan : menyunting, mempersunting, penyunting,

Puisi
 

Putik pauh dari Permatang,
     Bunga kemunting dari Kiaman;
Dari jauh saya datang,
     Hendak menyunting bunga di taman.


Lihat selanjutnya...(7)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
content editingpenyuntingan kandungan-TiadaProses menyunting teks yang merangkumi penambahbaikan terhadap susunan struktur, persembahan dan fakta. Sinonim substantive editing.
copy editingpenyuntingan naskhah-TiadaProses menyunting teks yang merangkumi penambahbaikan terhadap bahasa, keselarasan, ketekalan dan susunan. Sinonim table editing.
image maskingpenopengan imej-TiadaTeknik yang digunakan untuk menyunting imej bagi menjadikan imej berkenaan lebih menarik.

Kembali ke atas