Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyu.ruh] | مڽوروه

Definisi : 1. memberi perintah supaya melakukan sesuatu, meminta supaya (di­lakukan sesuatu), mengarahkan: tiap-tiap petang apabila saya berehat di serambi itu, kedua-duanya datang dan ~ saya me­lanjutkan cerita itu; 2. memberi perintah supaya pergi (ke), meminta orang pergi (ke), mengirim, mengutus: dr tadi dia sudah disuruh ke sekolah; disuruh, pergi, dipanggil, datang prb perihal seseorang yg patuh menurut perintah; belum disuruh, sudah pergi, belum dipanggil, sudah datang prb perihal orang yg arif dan rajin; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyu.ruh] | مڽوروه

Definisi : 1 memberi pe­rin­­tah supaya melakukan sesuatu; me­­­minta seseorang melakukan se­­­suatu; memerintah: Siapa yg ~ kamu membuat kerja ini? 2 memberi pe­rintah supaya pergi; meminta orang pergi; mengutus: Ayahnya telah ~ dia ke kedai membeli susu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
suruh
Kata Terbitan : bersuruh-suruhan, menyuruh, suruhan, pesuruh,

Puisi
 

Tetak buluh panjang sepuluh,
     Nak menjolok sarang tempua;
Janganlah adik suruh-menyuruh,
     Biarlah pandai kita berdua.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Yang disuruh tenggelam,
     yang menyuruh pun tenggelam.

Bermaksud :

Orang malas disuruh mengawasi orang yang lebih malas, akhirnya sia-sia belaka.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
programming languagebahasa pengaturcaraanTeknologi MaklumatTiadaSatu set peraturan yang menyuruh komputer untuk melaksanakan operasi yang tertentu. Bahasa pengaturcaraan digunakan oleh manusia untuk berkomunikasi dan menyuruh komputer melakukan sesuatu tugasan. Bahasa pengaturcaraan adalah menyerupai bahasa tabii seperti bahasa Melayu dalam beberapa aspek. Contohnya, ia mempunyai perkataan, simbol dan sintaks tertentu. Untuk menulis atur cara, pengatur cara perlu mengetahui perkataan, simbol dan sintaks bagi bahasa pengaturcaraan tersebut. Dianggarkan terdapat lebih 1000 bahasa pengaturcaraan di dunia. Contoh bahasa pengaturcaraan termasuk Bahasa Mesin, Bahasa Penghimpunan, APL, Pascal, Java, Perl, Eifel, C, C++, Basic, Fortran, Lisp, Scheme, BETA, Lua, Visual Basic, Prolog, Haskell, Hugs dan COBOL.
المكاتبةmukātabatAgama IslamHadithSeorang guru menulis Ḥadīth atau menyuruh orang lain menulis sebahagian Ḥadīthnya untuk diberikan kepada seorang murid yang hadir bersamanya atau yang tidak hadir bersamanya dan ia menghantar tulisan itu kepadanya melalui seorang thiqat.
hallucinationhalusinasiPsikologiPsikologi UmumPengalaman rekaan individu yang mengakui telah melihat, mendengar atau merasai sesuatu objek atau peristiwa yang tidak wujud secara nyata. Contohnya, individu mengakui telah mendengar suara-suara yang menyuruh melakukan sesuatu sedangkan orang lain di sekelilingnya tidak dapat mengesahkan hal tersebut. Halusinasi psikotik yang paling banyak dialami oleh individu ialah halusinasi pendengaran. Kadangkala, wujud suara arahan yang menyuruh individu mencederakan dirinya sendiri. Terdapat juga individu yang mengadu tentang serangga sedang merayap di bawah kulitnya. Selain itu, penghidap halusinasi juga boleh berasa seperti dibiuskan, disakiti atau disejukkan secara melampau.

Kembali ke atas