Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata merah mawar

Puisi
 

Air mawar jatuh ke laut,
     Gulai itik sama belangkas;
Apa soalnya tidak disahut,
     Adinda belum tahu membalas.


Lihat selanjutnya...(12)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
rose redmerah mawarKesenianTiadaTiada
roseolaroseolaPerubatanTiadaSebarang ruam yang berwarna merah mawar, seperti yang dialami semasa campak dan demam kepialu.
rhodochrositerodokrositGeologiTiadaMineral rombohedron dari kumpulan kalsit yang berwarna merah mawar atau merah jambu hingga kelabu dan biasanya mengandung sedikit kalsium dan besi.
typhoid feverdemam tifoidPerubatanTiadaInfeksi Salmonella typhii yang melibatkan folikel limfa ileum. Penyakit ini bermula dengan cepat dan menunjukkan gejala seperti seram sejuk, demam, bakteremia, kembung abdomen dan splenomegali. Pada peringkat awal penyakit, kulit kelihatan berwarna merah mawar. Penembusan usus berlaku pada 5% pesakit yang tidak dirawat. Sin: demam kepialu
rosemawar/ros;merah jambuKesenianTiadaTiada
rose quartzkuarza mawarGeologiTiadaVarieti kuarza habluran yang berwarna merah jambu, biasanya berkeadaan masif dan digunakan sebagai batu permata.
spreading activationpenyebaran aktivasiPsikologiPsikologi UmumPenyebaran suatu konsep yang dideriakan kepada konsep lain yang berkaitan atau mempunyai rangkaian dengannya. Contohnya, jika individu terdengar perkataan bunga, maka individu tersebut akan menggambarkan bunga mawar yang biasanya berwarna merah dan mungkin berkait dengan pasukan bola sepak Red Devil, lalu berkait pula dengan bola, Ronaldo, Portugis, Melaka dan seterusnya.
continuous variationvariasi berterusanPertanianAgronomi

 Perbezaan yang wujud dalam sesuatu populasi, dari segi sifat kuantitatif seperti berat dan ketinggian, merangkumi julat nilai berterusan, daripada yang terkecil kepada yang tertinggi. Contohnya, satu populasi tanaman jagung mungkin mempunyai ketinggian dari 50 cm hingga 180 cm dan pelbagai ketinggian antara dua julat tersebut. Perbezaan seperti inilah yang ditakrif sebagai variasi berterusan. Dari aspek genetik, variasi berterusan dikawal oleh banyak gen atau poligen, manakala variasi tak berterusan ditentukan oleh satu atau sedikit gen. Variasi berterusan dipengaruhi oleh faktor persekitaran selain daripada faktor genetik, manakala variasi tak berterusan kurang dipengaruhi oleh faktor persekitaran. Sebaliknya, sifat kualitatif seperti warna bunga mawar yang hanya terdapat warna kuning dan warna merah, dianggap variasi tak berterusan.


Kembali ke atas