Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ram.bat] | مرمبت

Definisi : Pr membubul jala. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ram.bat] | مرمبت

Definisi : 1. merambak, merayap ke mana-mana, bertambah banyak (tumbuh-tumbuhan); 2. menjalar (api dll), menular (penyakit dll), tersebar ke mana-mana (kha­bar, berita), berpanjang-panjangan (per­teng­kar­an, perselisihan, dll); 3. Id menjalar atau meluas (panas dll); 4. Jw merayap atau melata naik: permukaan tanah itu hampir hilang ditutupi tumbuh-tumbuhan yg ~ dan melata; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
rambat
Kata Terbitan : merambat,

Puisi
 

Merambat di Tanjung Batu,
     Jangan terambat ampaian kain;
Biar lambat syukurnya tentu,
     Jangan supaya ke orang lain.


Lihat selanjutnya...(6)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
wave groupkumpulan gelombangSains MarinTiadaSatu siri gelombang yang merambat secara bersama-sama, iaitu arah gelombang, panjang gelombang dan ketinggian gelombangnya hanya terdapat sedikit perbezaan. Terdapat dua jenis gelombang, iaitu gelombang mekanikal yang memerlukan suatu medium untuk perambatannya dan gelombang elektromagnet, iaitu gelombang yang tidak memerlukan sebarang medium untuk perambatannya.
refracted wavegelombang terbiasTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikGelombang yang merambat dari suatu media ke suatu media yang lain dengan halaju dan arah yang berbeza dari gelombang tuju. Jika sudut tuju bukannya 90O gelombang akan terbias ke dalam media berikutnya. Kaitan antara sudut tuju, sudut pantulan, sudut bias dengan halaju gelombang adalah seperti yang berikut: sinθi/vi = sinθs/vs = sinθp/vp. Pantulan dan pembiasan gelombang pada sempadan dua media.
conduction velocityhalaju konduksiSains SukanBiomekanikHalaju impuls yang disebabkan oleh potensi aksi. Halaju ini merambat di sepanjang membran yang teruja. Lihat juga potensi aksi.
shear wavegelombang ricihTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikGelombang yang bergerak berserenjang dengan arah gelombang merambat. Dalam gelombang ricih, zarah berayun pada sudut yang melintang kepada arahan itu. Gelombang ini melibatkan pergerakan zarah mericih atau merentasi arah perambatan pada sudut tegak. Kelajuan gelombang ini kira-kira setengah lebih perlahan daripada gelombang membujur. Oleh sebab kelajuannya yang lebih perlahan, gelombang ricih mempunyai panjang gelombang yang lebih pendek berbanding gelombang membujur pada frekuensi yang sama. Gelombang ricih hanya boleh bergerak dalam bahan pepejal. Sinonim gelombang melintang.
rapid combustion phasefasa pembakaran cepatKejuruteraan AutomotifEnjinKeadaan pembakaran yang mempunyai oksigen yang mencukupi untuk tindak balas pembakaran. Keadaan ini menyebabkan muka api dapat merambat dengan pantas.

Kembali ke atas