planning application | permohonan merancang | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Permohonan rasmi yang mengandungi butiran lengkap tentang tapak yang hendak dimajukan bagi tujuan mendapatkan kebenaran merancang daripada pihak berkuasa perancangan tempatan. |
planning permission | kebenaran merancang | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Persetujuan rasmi sama ada bersyarat atau tanpa syarat daripada pihak berkuasa perancang yang perlu diperoleh oleh mana-mana pihak yang berhasrat untuk menjalan- kan aktiviti pembangunan. |
outline planning permission | kebenaran merancang dasar | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Kebenaran secara prinsip yang diberi oleh pihak berkuasa tempatan kepada pemohon sebelum kajian terperinci ke atas cadangan pembangunan itu dibuat. |
planning hearing | pendengaran perancangan/ pembicaraan merancang | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Satu pendengaran rasmi yang dijalankan atas arahan pihak berkuasa tempatan atau jawatankuasa perancang negeri mengikut undang-undang bertulis untuk memberi peluang kepada mana-mana pihak bagi menyuarakan pandangan mereka terhadap sesuatu isu atau persoalan perancangan. Ini dapat membantu pihak berkuasa berkenaan membuat keputusan. |
apraxia | apraksia | Pendidikan | Tiada | Ketidakbolehan untuk merancang dan melaksanakan satu tugas motor akibat daripada kesukaran untuk mengkoordinasi otot dan pergerakan. |
aphasia | afasia | Sains Sukan | Biomekanik | Kecelaruan untuk merancang perlakuan yang hendak dilakukan akibat kerosakan yang berlaku pada sistem saraf. Afasia memberi kesan kepada kebolehan memahami perkataan atau kebolehan bertutur. |
metacognition | metakognisi | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Proses merancang, memantau, menilai pencapaian dan membuat perubahan oleh pelajar terhadap kelakuan atau tingkah laku pembelajaran mereka sendiri. Pada masa yang sama, seseorang itu bertindak sebagai pelajar dan juga pemikir. Metakognisi juga merujuk kepada perihalan pemikiran mengenai pemikiran sendiri. |
trip stacking | susun tempah perjalanan | Pelancongan | Tiada | Amalan merancang dan menjadualkan beberapa aktiviti pelancongan dalam tempoh masa yang berdekatan atau berturutan disebabkan oleh terdapat aktiviti yang akan berisiko terbatal. |
curriculum planning | perancangan kurikulum | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Proses merancang pembinaan kurikulum atau keterlibatan pelajar secara terancang dan penentuan arah tuju struktur kursus atau pembelajaran dalam sesuatu program pengajian. Proses kompleks ini melibatkan penentuan hasil pembelajaran, pentaksiran, kandungan dan keperluan pedagogi bagi kejayaan seseorang pelajar. |
cruise director | pengarah persiaran | Pelancongan | Tiada | Individu yang bertanggungjawab merancang dan melaksanakan urusan perjalanan kapal persiaran. |