Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ra.sa.kan] | مراساکن

Definisi : 1. = memperasakan mem­biarkan (menjadikan, menyuruh) berasa atau merasai: ia mencuba sungguh-sungguh utk ~ fahamnya kpd seluruh pendengarnya; 2. merasai, menginsafi, memikirkan, meng­endahkan: beliau masih dirasakan penting utk memimpin Jabatan itu; utk memberikan nilai kpd sesuatu keindahan, seseorang mestilah faham dan dapat ~ keindahan itu; dan dirasakannya sekali bahawa tugasnya utk menjaga dirinya sudah semakin ber­tambah; 3. merasai, menderita: saya rasakan benar-benar kemesraan perhubungan kami; air matanya berderai menahan pedih yg dirasakannya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ra.sa.kan] | مراساکن

Definisi : 1 membiarkan merasa atau merasai; mengesankan: Ia berusaha hendak ~ pengaruhnya kpd anggota-anggota persatuan yg dipimpinnya. 2 memikirkan; menganggap: Ia masih dirasakan penting dlm persatuan kami. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rasa
1. Dalam konteks pelbagai rasa
bersinonim dengan manis, masam, masin, pahit, tawar, payau, pedas, maung, hambar, kelat,
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan fikir
( kira, ingat, agak, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : rasanya, rasa-rasanya, berasa, merasai, merasakan, terasa, perasaan, berperasaan, perasa, berperasa,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
depersonalizationdepersonalisasiPsikologiPsikologi UmumKeadaan mental yang menyebabkan individu tidak merasakan kewujudan dirinya malah merasakan dirinya seperti telah mati. Contohnya, individu menganggap dirinya sebagai sebahagian daripada alat mesin yang tidak mempunyai perasaan.
sensibilitydaya kederiaanKesusasteraanTiadaKesanggupan merasakan sebagai bertentangan dengan rasionalisme.
ballottementbalotemenPerubatanTiadaTeknik untuk merasakan objek yang bergerak di dalam badan, khasnya untuk mengesahkan kehamilan.
depersonalizationdepersonalisasiPerubatanTiadaKeadaan mental, dengan subjek itu merasakan bahawa dia tidak wujud.
pay compressionhimpitan gajiPentadbiranTiadaSituasi yang berlaku apabila pekerja merasakan jurang gaji di antara gaji yang diperolehnya dengan yang diperoleh orang lain yang berpangkat tinggi dan rendah daripadanya adalah terlalu kecil.
depressionkemurunganPsikologiPsikologi UmumPerasaan yang dalam keadaan normal membuatkan individu merasakan dirinya serba kekurangan, tidak aktif dalam kehidupan seharian dan terlalu pesimistik terhadap masa hadapan. Dalam kes patologi, penghidap kemurungan langsung tidak memberikan tindak balas terhadap sebarang rangsangan, mengalami susut nilai diri yang teramat, delusi kekurangan diri dan putus harapan. Sinonim depresi.
separationpengasinganPentadbiranTiadaPerasaan dan sikap pekerja yang tidak berpuas hati, dan merasakan seolah-olah segala kerja yang dilakukan tidak mendapat perhatian pihak pengurusan tempat ia bekerja.
empathyempatiPsikologiPsikologi UmumKemampuan untuk memahami dan menyelami perasaan orang lain. Contohnya, individu boleh merasakan keperitan orang lain dengan memahami masalah dan pandangan mereka seperti perasaan yang tidak menyenangkan dan sesuatu yang ingin disampaikan.
act of wartindakan perangSains PolitikHubungan AntarabangsaMenurut tatacara peraturan antarabangsa, negara atau pemerintah mempunyai hak untuk mengambil tindakan perang apabila merasakan perlu berbuat demikian. Prinsip yang boleh mengekang tindakan perang ini dipengaruhi oleh pertimbangan kebajikan umum. Namun demikian, dalam keadaan mutakhir ini piagam PBB mengenai peperangan dengan jelas telah memutuskan sempadan tindakan pemaksaan (perang) secara sah atau tidak sah. Tindakan kekerasan hanya boleh dikenakan bagi tujuan mempertahankan diri. Walau bagaimanapun, dalam keadaan mekanisme pengurusan konflik yang lemah kebanyakan negara menangani konflik secara kekerasan termasuklah perang. Dalam keadaan semasa, perang gerila dan tindakan keganasan secara terancang menjadikan peraturan peperangan tidak dapat dilaksanakan secara berkesan. Penglibatan pihak asing dalam kancah perang saudara dan perang antara negara merumitkan lagi keadaan, seperti krisis di Timur Tengah.
pawn extension periodpelanjutan tempoh gadaianEkonomiEkonomi IslamTempoh penebusan tambahan yang diminta oleh penggadai dan dipersetujui oleh pegadai. Permintaan tersebut dibuat kerana penggadai merasakan tidak dapat menebus barang gadaian dalam tempoh yang telah ditetapkan. Penambahan tempoh penebusan menyebabkan penggadai perlu membayar upah simpan tambahan.
123

Kembali ke atas