Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ra.ta] | مرات

Definisi : 1. (menjadi) rata: matanya terpaku ke permukaan laut yg sekali-kali tersebak dan ~; buah padi yg sedang masak, kuning, dan ~; 2. = merata-rata tersebar (menular) ke mana-mana, pergi ke mana-mana, mere­bak: sebentar saja berita kejadian itu ~lah ke seluruh kampung; beberapa lamanya ia ~ di Eropah; 3. = merata-rata serata, segenap, seluruh, seantero: makanan utk pokok-pokok memang ada sedia hampir-hampir di ~ tempat; lipas didapati di ~ tempat di negeri panas; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ra.ta] | مرات

Definisi : 1 menjadi rata: Permukaan tasik itu kelihatan tenang dan ~ seolah-olah dipepat. 2 tersebar (pergi) ke mana-mana; merebak: Sebentar saja berita kematian pasangan gadis teruna itu ~ ke segenap kampung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rata
1. Bersinonim dengan datar
( papak, papar, tarah, )
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan sama banyak
( sama adil, dengan saksama, )
(adjektif:)

3. Bersinonim dengan keseluruhannya
( dengan sekata)
(adverba:)

Kata Terbitan : serata, merata-rata, menyeratakan, rata-rata, merata, merata-rata, meratakan, kerataan, perata,

Puisi
 

Ambil parang pergi menebas,
     Dahannya jatuh merata-rata;
Dulu hamba mergastua bebas,
     Sekarang dijerat si molek jelita.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Menyeladang bagai panas di padang.

Bermaksud :

Sama rata tanpa ada kecualinya. menyeladang = merata.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
globetrotterpenjelajah globalPelanconganTiadaPengembara yang melancong ke merata pelosok dunia.
touring bikebasikal jelajahSukanTiadaBasikal yang dikhususkan untuk berjalan ke merata-rata tempat dan mampu membawa barangan yang berat.
colloidkoloidFizikNanoteknologiZarah halus bersaiz 1 nm - 1000 nm yang kekal tersebar merata dalam cecair atau gas pada jangka masa lama. Koloid dapat dimendapkan atas permukaan substrat kaca atau silikon untuk membentuk filem tipis. Koloid nanozarah emas atau perak berpotensi digunakan dalam bidang perubatan. Contohnya, koloid nanozarah emas atau perak di dalam air.
throw blanketselimut serakKesenianTiadaSelimut daripada kain yang boleh digunakan untuk memanaskan badan atau dijadikan hiasan dan diletakkan di merata-rata tempat.
scatter cushionkusyen serakKesenianTiadaKusyen daripada pelbagai jenis tekstil, direka dalam pelbagai bentuk, saiz dan elemen hiasan dan diletakkan di merata-rata tempat.
throw pillowbantal serakKesenianTiadaBantal daripada pelbagai jenis tekstil, direka dalam pelbagai bentuk, saiz dan elemen hiasan dan diletakkan di merata-rata tempat.
misdemeanourkesalahan ringanKriminologiKeadilan JenayahPerbuatan yang dianggap salah atau tidak boleh diterima dalam masyarakat tetapi tidak tergolong sebagai kesalahan serius. Contohnya, perbuatan membuang sampah di merata-rata tempat atau meludah di tempat awam.
atomizerpengabusBiologiTiadaAlat yang digunakan untuk mengubah larutan pestisid isi padu ultrarendah menjadi zarah halus, dengan menggunakan tekanan tinggi, melalui nozel, atau menggunakan piring yang berputar. Oleh yang demikian, larutan pestisid berubah menjadi kabus supaya liputan lebih merata dan tidak ada kesan keracunan tumbuhan.

Kembali ke atas