Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ra.yau] | مراياو

Definisi : , merayau-rayau 1. me­raba-raba (kerana mencari atau mengambil sesuatu): gadis itu menyandarkan badannya pd tubuh Farid dan dibiarkannya tangan pemuda itu ~; tangan kanannya merayau-rayau memungut serdak cucur kodok dan ondeh-ondeh; 2. pergi ke mana-mana utk mencari sesuatu, berkeliaran (mencari mangsa dll), mengembara: ia ~ di bandar Melaka; saya tak kuasalah merayau-rayau ke rumah orang atau mengintip-intip apa yg dibuat orang; 3. tidak tenang (tenteram), cemas, gelisah: matanya merayau-rayau me­mer­hatikan keadaan di dlm rumah; maka ~lah fikirannya, meninjau-ninjau masa hadapan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ra.yau] | مراياو

Definisi : 1 pergi ke mana-mana; berkeliaran utk mencari sesuatu: Jangan membiarkan kanak-kanak ~ di tepi lombong itu. 2 meraba-raba kerana mencari atau mengambil sesuatu: Tangannya ~ mengambil serdak kuih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rayau
Kata Terbitan : merayau, perayau,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
loiteringmerayauUndang-undangTiadaTiada
restless camerakamera resahKomunikasiTiadaTeknik penggambaran yang memerlukan pergerakan kamera untuk mendapatkan imej subjek yang merayau atau terarah sepenuhnya kepada pergerakan pelakon. Teknik ini selalu digunakan dalam filem seram atau filem ngeri bagi menimbulkan kesan dramatik.
knowbotknowbotTeknologi MaklumatTiadaSingkatan daripada KNOWledge roBOT (robot pengetahuan) yang dibangunkan oleh Corporation for National Research Initiatives, Reston, Virginia. Knowbot ditulis dalam Python. Knowbot ialah satu agen perisian berasaskan sistem Unix yang merayau dalam rangkaian teragih seperti Internet, untuk mengumpul atau mengagih maklumat menurut kriteria yang ditentukan pengguna. Sistem pengendalian knowbot ialah perisian pelayan yang mengehos dan berinteraksi dengan agen bergerak knowbot.

Kembali ke atas