Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.re.gang.kan] | مرݢڠکن

Definisi : menjadikan regang, menarik supaya regang, menegangkan (tali dll), mem­bentangkan (kain dll) tegang-tegang, meng­hulurkan (kaki, tangan) tegang-tegang: dia ~ kedua-dua belah tangannya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.re.gang.kan] | مرݢڠکن

Definisi : menarik supaya regang; membentang­kan tegang-tegang; menghulurkan tegang-tegang (bkn kaki atau tangan): Ia ~ kedua-dua belah tangannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
regang (adjektif)
Bersinonim dengan tegang, cekang, kejang, serius, kencang, terik, ganjat;,
Kata Terbitan : beregang-regang, meregang, meregangkan, keregangan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
penyisipanpenyisipanKesenianTiadaProses meregangkan bahagian anyaman untuk memasukkan alat sisip beserta helaian mengkuang atau pandan supaya tidak terburai.
gingival retractionperetrakan gingivaPergigianTiadaProsedur meregangkan krevis gingiva dari gigi untuk mendedahkan pinggir penyediaan gigi. Regangan ini dilakukan dengan menggunakan kord peretrakan yang dimasukkan dalam krevis gingiva. Prosedur ini dilakukan sebelum pengambilan impresi penyediaan gigi. Kord peretrakan tersebut dikeluarkan dari krevis gingiva sejurus sebelum bahan impresi disuntik ke dalamnya.
joint manipulationmanipulasi sendiKejururawatanTiadaTeknik terapeutik pasif untuk meregangkan sendi yang mengalami pergerakan terhad.
geligingeliginKesenianTiada1. Bahagian karat yang berupa kayu nibung yang digunakan untuk mengait dan meregangkan benang karat. Satu karat mempunyai dua pasang geligin.
geligin panjanggeligin panjangKesenianTiadaBahagian karat yang berupa kayu nibung yang digunakan untuk mengait dan meregangkan benang karat. Satu karat mempunyai dua pasang geligin.
saw buckleperegang gergajiPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanKepingan logam yang melengkung hujungnya, yang dipasang pada bahagian hujung atas bilah gergaji lengkung. Kepingan logam ini meregangkan bilah gergaji pada bingkainya dengan menggunakan tuil.
rubber dam holderpemegang empangan getahPergigianTiadaAlat yang dipasang untuk merentang empangan getah di luar mulut. Alat ini mempunyai dua bahagian iaitu dua bingkai dan satu tali getah. Bahagian bingkai akan memegang empangan getah di sebelah kiri dan kanan mulut manakala tali getah tersebut akan ditegangkan untuk meregangkan bingkai-bingkai tersebut. Empangan getah biasanya digunakan dalam prosedur rawatan kanal akar ataupun rawatan yang memerlukan pengasingan gigi semasa menjalankan rawatan supaya tidak tercemar oleh air liur dan juga bakteria di samping memberi kawasan kerja yang kering. Lihat gambar.

Kembali ke atas