spillway design flood | banjir reka pelimpah | Hidrologi | Tiada | (1) Banjir yang digunakan untuk mereka suatu pelimpah empangan. (2) Aliran banjir maksimum yang dapat dilalukan tanpa merosak atau benar-benar mengancam kestabilan binaan kejuruteraan. (GHM). |
XML user interface language (XUL) | bahasa antara muka pengguna XML (XUL) | Teknologi Maklumat | Perisian | Bahasa penanda antara muka pengguna XML yang dibangunkan oleh projek Mozilla dan boleh dilaksanakan dalam aplikasi pelbagai persekitaran seperti Firefox dan Flock. Bahasa ini berasaskan kepada beberapa piawaian web dan teknologi yang sedia ada seperti helaian gaya lata (CSS), JavaScript dan model objek dokumen (DOM). Oleh itu, bahasa ini mudah dipelajari untuk mereka yang mempunyai latar belakang reka bentuk dan pengaturcaraan web. Walau bagaimanapun, aplikasi yang menggunakan XUL tidak boleh dicapai oleh pengguna yang menggunakan pelayar yang bukan berasaskan Mozilla kerana menggunakan enjin Gecko. Contoh kod XUL adalah seperti yang berikut: 1.0"?> |