authoring | pengarangan | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Proses mereka bentuk dan membangunkan bahan pengajaran atau latihan berbentuk multimedia atau perisian kursus. |
redundancy | kelewahan | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Pendekatan dalam mereka bentuk reaktor nuklear yang menentukan struktur, sistem dan komponen dengan dua atau lebih set yang berbeza dan berasingan, yang setiap satunya berkeupayaan melaksanakan fungsi yang sama untuk memastikan ada set yang berada pada status tunggu sedia. |
landscape gardening | seni taman | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Aktiviti mereka bentuk taman dan kawasan rekreasi yang biasanya terhad dari segi saiznya. |
course author | pengarang kursus | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Individu yang bertanggungjawab untuk mereka bentuk modul pembelajaran dengan menulis sukatan pelajaran, merangka gambaran keseluruhan modul, mengarang aktiviti pembelajaran, konsep pentaksiran dan persembahan kandungan. |
modular | bermodul | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Pendekatan yang digunakan dalam membina dan mereka bentuk reaktor nuklear dengan unit atau modul yang serba lengkap dan pasang siap. Unit atau modul ini boleh digabungkan untuk membentuk sistem yang lebih besar. Lihat juga small modular reactor (SMR). |
course developer | pembangun kursus | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Seseorang yang bertanggungjawab merancang, merangka dan mereka bentuk sesuatu kursus mengikut keperluan program akademik atau keperluan sesuatu organisasi yang perlu disesuaikan dengan persekitaran e-pembelajaran. Justeru, pembangun kursus mesti memiliki kemahiran alat e-pembelajaran. |
nanopiezotronics | nanopiezotronik | Fizik | Nanoteknologi | Bidang yang mengkaji gabungan kesan piezoelektrik dan sifat semikonduktor nanowayar dan nanojalur untuk mereka bentuk dan pemfabrikasian peranti elektronik dan komponen seperti transistor kesan medan dan diod. |
curriculum development | pembangunan kurikulum | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Pembentukan kurikulum yang meliputi langkah-langkah meletakkan keutamaan matlamat pendidikan, mereka bentuk kandungan kaedah dan bahan yang diperlukan untuk mencapai matlamat, melaksanakan pelbagai aktiviti dan pengalaman yang meliputi keseluruhan program pendidikan dan mengubah suai rancangan berasaskan data daripada penilaian. Dalam persekitaran e-pembelajaran, pembangunan kurikulum merujuk kepada proses menjana dokumen rasmi secara terancang dan sistematik untuk pelaksanaan pembelajaran yang bermakna. |
competency-based learning | pembelajaran berasaskan kompetensi | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang memperincikan set kaedah mereka bentuk dan penyampaian pengajaran khususnya kemahiran asas yang konkrit. Pada akhir pembelajaran, pelajar dikehendaki menduduki ujian kompetensi berasaskan kriteria yang ditetapkan. Pendekatan ini diguna pakai dalam pembelajaran atau latihan teknikal bersesuaian dengan objektif pengajaran yang diterbitkan daripada kriteria prestasi kerja dan kompetensi yang perlu dikuasai. Lihat juga pengajaran berpandukan kriteria (CRI). |
criterion referenced instruction (CRI) | pengajaran berpandukan kriteria (CRI) | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Pendekatan pengajaran yang memperincikan set kaedah mereka bentuk dan penyampaian pengajaran khususnya latihan. Pembelajaran atau latihan dalam talian berasaskan CRI biasanya mampu diri dan kaya sumber media. Pada akhir pembelajaran, pelajar dikehendaki menduduki ujian kecekapan berasaskan kriteria yang ditetapkan bersesuaian dengan idea utama CRI, iaitu pembelajaran penguasaan dan pengajaran berorientasikan prestasi. Biasanya, CRI diguna pakai dalam pembelajaran atau latihan teknikal bersesuaian dengan objektif pengajaran yang diterbitkan daripada kriteria prestasi kerja dan kecekapan yang perlu dikuasai. |