machine consciousness | kesedaran mesin | Teknologi Maklumat | Tiada | Percubaan oleh individu yang mereka cipta dan menganalisis mesin bermaklumat untuk menerapkan kaedah melalui pelbagai cara bagi memahami kesedaran dan memeriksa peranan kesedaran dalam mesin bermaklumat. |
visual designer | pereka bentuk visual | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Seseorang yang bertanggungjawab mereka cipta produk berbentuk visual secara digital dengan mengimbangi keperluan urusan, estetik reka bentuk, pelanggan dan tujuan jenama organisasi. Umumnya, seseorang pereka bentuk visual perlu mempunyai kemahiran reka bentuk antara muka dan grafik. |
visual merchandiser | pedagang visual | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Individu yang bekerja dengan merancang, mereka cipta dan melaksanakan strategi bagi mempromosikan perdagangan visual secara kreatif. Individu ini juga bertanggungjawab dalam membuat paparan visual sesuatu produk atau perkhidmatan yang menarik termasuklah menghasilkan paparan tingkap, papan tanda, paparan dalaman, paparan lantai dan paparan promosi khas yang dapat menarik perhatian pelanggan untuk membeli produk atau perkhidmatan tersebut. |
makerspace | ruang reka cipta | Umum | Tiada | Tempat khas bagi individu/kumpulan yang memiliki minat yang sama dalam projek buatan sendiri dengan memanfaatkan ruang untuk mereka cipta dan melaksanakan projek mereka di samping berkongsi idea, peralatan dan pengetahuan dalam bidang pengkomputeran, teknologi dan pertukangan. |
biomechanics | biomekanik | Sains Sukan | Biomekanik | Disiplin ilmu yang mengaplikasikan prinsip mekanik dalam kajian pergerakan organisma hidup. Dalam pergerakan manusia, disiplin ilmu ini menggabungkan aspek anatomi dan mekanik untuk menganalisis keupayaan anggota badan menghasilkan pergerakan. Disiplin ilmu ini diaplikasikan dalam sains sukan bagi memperbaik teknik, memaksimumkan keupayaan fizikal untuk mencapai prestasi yang maksimum, mengurangkan kecederaan, selain boleh mereka cipta pakaian dan alatan sukan yang efisien. Selain kajian tentang pergerakan tubuh, aspek daya, momentum dan darjah pergerakan juga merupakan antara elemen yang dikaji dan diperhatikan dalam biomekanik. |