clock in | rakam waktu masuk | Umum | Tiada | Perbuatan merekodkan masa tiba di tempat kerja dengan menggunakan mesin khas. |
clock out | rakam waktu keluar | Umum | Tiada | Perbuatan merekodkan masa keluar dari tempat kerja dengan menggunakan mesin khas. |
book keeper | penyimpan kira-kira | Pentadbiran | Tiada | Orang yang merekodkan urus niaga perniagaan. |
radiographic film | filem radiografi | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Media pengimejan yang digunakan untuk merekodkan imej bahan selepas bertindak balas dengan sinar pengionan. Filem radiografi terdiri daripada tiga lapisan, iaitu lapisan pelindung, lapisan emulsi dan lapisan dasar. Imej radiografi terbentuk pada awalnya di lapisan emulsi yang dikenali juga sebagai imej terpendam. Imej ini diproses secara tindak balas kimia, dan menghasilkan imej radiografi. |
pharmacict workup sheet | lembar kerja ahli farmasi | Sains Kesihatan | Tiada | Dokumen kerja yang dilakukan oleh ahli farmasi untuk merekodkan kemajuan pengubatan pesakit. |
low intensity interval training (LIIT) | latihan berjeda keamatan rendah (LIIT) | Sukan | Tiada | Senaman berdasarkan kadar denyutan jantung dan pemantau kadar denyutan jantung digunakan untuk merekodkan senaman ini. Contohnya, seperti berjoging. |
double entry | catatan bergu | Ekonomi | Tiada | Kaedah mencatat setiap urus niaga kepada dua bahagian dalam akaun, iaitu debit dan kredit. Misalnya, catatan ini digunakan untuk merekodkan urus niaga dalam imbangan pembayaran, iaitu apabila sesebuah negara mengeksport sesuatu barang; bahagian debit mencatatkan penerimaan bayaran nilai eksport, manakala bahagian kredit mencatatkan nilai barang berkenaan. |
virtual run | larian maya | Sukan | Tiada | Acara larian yang dilakukan oleh peserta di lokasi pilihan masing-masing tanpa perlu hadir ke lokasi penganjur. Peserta hendaklah merekodkan larian yang telah dilakukan dalam aplikasi yang ditetapkan. |
standard operating procedure | prosedur pengendalian piawai | Herba | Tiada | Prosedur bertulis berautoriti yang mengandungi arahan untuk menjalankan suatu operasi. Prosedur ini melaksanakan arahan yang tertulis dan merekodkan aktiviti yang telah dilaksanakan. Sinonim prosedur pengendalian standard. |
land ownership registration | daftar hak milik tanah | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Sistem pendaftaran hak milik tanah di bawah Kanun Tanah Negara sebagai bukti kepunyaan dengan merekodkan butiran hak milik, termasuk lokasi dan sekatan-sekatan ke atasnya untuk memudahkan urusan tentangnya seperti pindah milik dan pecah sempadan. |