leprostatic | leprostatik | Perubatan | Tiada | 1. Merencatkan pertumbuhan Myobacterium lepra.,2. Bahan yang merencatkan pertumbuhan Mycobacterium lepra. |
antipenetrant | bahan antimasuk | Biologi | Patologi | Bahan yang boleh merencatkan pertumbuhan alat, organ atau struktur patogen yang masuk ke dalam perumah. Bahan ini merencatkan biosintesis melanin yang menghalang laluan poliketida pada struktur tersebut. |
antipenetrant | bahan antimasuk | Kimia | Tiada | Bahan yang boleh merencatkan pertumbuhan alat, organ atau struktur patogen yang masuk ke dalam perumah. Bahan ini merencatkan biosintesis melanin yang menghalang laluan poliketida pada struktur tersebut. |
genestasis | genestasis | Biologi | Patologi | Salah satu cara perencatan pertumbuhan kulat oleh fungisid, iaitu dengan cara merencatkan pembentukan sporanya, tetapi kurang atau tidak berkesan merencatkan pertumbuhan vegetatif. bd. fungsitasis. |
somatostatin | somatostatin | Biologi | Fisiologi | Hormon polipeptida yang dihasilkan akibat rangsangan hipotalamus. Bahan ini berfungsi merencatkan pelepasan hormon pertumbuhan pituitari anterior yang bertindak terhadap pankreas untuk merencatkan pelepasan insulin dan glukagon. |
self-inhibitor | perencat diri | Biologi | Patologi | Bahan kimia yang boleh merencatkan pertumbuhan organisma itu sendiri atau spesies mikroorganisma yang berkaitan. Contohnya ialah bahan yang dihasilkan oleh kulat yang menyebabkan penyakit karat (Puccinia arachidis) pada pokok kacang boleh merencatkan percambahan spora kulat yang menyebabkan penyakit karat (P. helianthi) pada bunga matahari. |
guanidine | guanidina | Bioteknologi | Tiada | Agen antivirus, (H2N)2C═NH. Garam guanidina, misalnya guanidina hidroklorida (H2N)2C═NH2+Cl-, dapat merencatkan beberapa jenis pikornavirus, termasuk poliovirus, secara memilih dalam sistem kultur tisu. Guanidina juga berupaya merencatkan biosintesis RNA virus. Bahan ini jarang digunakan sebagai agen terapeutik disebabkan pembentukan mutan yang rintang terhadapnya. |
phytoncide | fitonsid | Biologi | Patologi | Bahan yang menyebabkan sesuatu perumah menjadi tahan dengan membunuh, atau merencatkan patogen yang masuk dan berkembang di dalam sel perumah tersebut. Contohnya ialah, fitoaleksin, fenol, dan lain-lain lagi. istilah ini bercanggah dengan erti asal perkataan tersebut. Sama dengan fungisid, pestisid dan lain-lain lagi, ia seharusnya membawa erti bahan yang boleh membunuh atau merencatkan tumbuhan. Oleh yang demikian, istilah ini dianggap usang (sebaiknya jangan digunakan). |
antimetabolite | antimetabolit | Kimia | Tiada | Bahan yang merencatkan proses metabolit. |
bacteriostatic | bakteriostatik | Perubatan | Tiada | Agen yang merencatkan pembiakan bakteria. |