acrid | akrid | Kimia | Tiada | 1. Merengsakan atau memedihkan. 2. Berkenaan dengan bau atau rasa yang tajam , pedih yang menusuk hidung. |
dichloroethylene poisoning | keracunan dikloroetilena | Kimia | Forensik | Keracunan akibat pendedahan kepada I,I-dikloroetilena atau 1,2-dikloroetilena. Sebatian I,I-dikloroetilena merengsakan membran mukus, kulit, paru-paru, dan kornea, serta menyebabkan kerosakan hati dan buah pinggang, dan menjejaskan sistem saraf pusat. I, l-dikloroetilena digunakan sebagai bahan perantara dalam pembuatan plastik. Bahan ini juga bersifat karsinogenik. Had pendedahan kepada bahan ini ialah 10 ppm dan dos parah (LD50) ialah 5750 mg/kg. Sebatian 1, 2-dikloroetilena pula merengsakan membran mukus, kulit, paruparu dan kornea, dan memberi kesan pada sistem saraf pusat. Bahan ini digunakan sebagai pelarut lemak, fenol, kamfor dan sebagainya. Had pendedahan kepada bahan ini ialah 200 ppm dan dos parah ialah 770 mg/kg. |
acridine | akridina | Perubatan | Tiada | 2. Sebatian yang tengik dan sangat merengsakan, formula C6H4CHNC6H4. |
ethyl chloroformate | etil kloroformat | Kimia | Tiada | Cecair dengan bau yang merengsakan; formula ClCOOC2H5, takat didih 93oC-95oC. |
tear gas | gas pemedih mata | Kimia | Tiada | Sebatian kimia mudah meruap yang merengsakan mata untuk kegunaan kawalan keselamatan awam. Misalnya, xilil bromida, Ch3C6H4CH2Br, dan etil iosoasetat, CH2ICOOC2H5. |
chlorine poisoning | keracunan klorin | Kimia | Forensik | Keracunan akibat pengingesan atau penyedutan klorin, iaitu gas yang merengsakan salur pernafasan. Had pendedahan ialah 1 ppm. Kesan korosif dan kesan pada pulmonari ialah pemusnahan lengkap kulit dan membran mukus. Kewujudan 4 ppm klorin di udara dapat dikesan melalui bau, manakala 30 ppm klorin di udara boleh menyebabkan batuk. |
ferrum (111) fluoride | fluorida) | Kimia | Tiada | Hablur hijau, tak larut dalam alkohol dan eter, toksik, dan sangat merengsakan; formula FeF3 |
acrolein | akrolein | Kimia | Forensik | Formula kimia, C3H40; nama IUPAC, 2-propenal. Cecair tanpa warna atau berwarna kekuningan, berbau busuk dan merengsakan, takat lebur - 87°C, takat didih 52.7°C, mudah terbakar, larut dalam air, alkohol dan eter, dan boleh disediakan melalui pendehidratan gliserin dengan kehadiran mangkin. Akrolein sangat reaktif dan toksik secara penyedutan atau pengingesan, dan merupakan perengsa yang kuat terhadap mata, kulit dan membrane mukus. Cecair ini digunakan sebagai bahan perantara untuk menghasilkan gliserol sintetik, resin poliuretana dan poliester, metionina, bahan farmaseuti kal, herbisid, dan agen amaran dalam gas. |
savin oil poisoning | keracunan minyak savin | Kimia | Forensik | Keracunan akibat penggunaan minyak savin, iaitu bahan yang digunakan sebagai antireumatik dan abortifasien. Bahan ini sangat merengsakan semua tisu. Tanda utama keracunan akut ialah muntah dan kegagalan peredaran darah. Gejala akibat pengingesan ialah pedih abdomen, loya dan muntah, cirit-birit, disuria, hematuria, tidak sedar, sesak nafas, dan konvulsi. Gejala akibat penyedutan ialah pening, pernafasan cetek yang cepat, takikardia, kerengsaan bronkus, dan tidak sedar atau konvulsi. Penemuan makmal menunjuk.kan air kencing mungkin mengandungi hemoglobin, sel darah merah, protein, kas, dan paras gula turun; anemia mungkin terjadi. Penemuan patologi dalam keskematian akibat pengingesan termasuk kemerosotan buah pinggang dan kesesakan teramat dan edema dalam paru-paru, otak dan mukosa gaster. |
chromium poisoning | keracunan kromium | Kimia | Forensik | Keracunan akibat pendedahan kepada kromium atau sebatiannya, misalnya kali um kromat, kalium dikromat, atau asid kromik. Kromium dan kromat merengsakan dan memusnahkan sel badan. Tanda utama keracunan ialah kerengsaan atau kakisan. Keracunan akut akibat pengingesan menyebabkan pening, dahaga yang teramat, sakit abdomen, muntah, kejutan, dan oliguria atau anuria. Kematian adalah disebabkan uremia. Keracunan kronik akibat penyedutan atau penyentuhan kulit menyebabkan dermatitis dengan edema, dan pengulseran yang sembuh secara perlahan-Iahan. Penyedutan wasap kromium pada jangka masa yang lama menyebabkan pengulseran tanpa sakit, perdarahan, dan peliangan septum nasal berserta dengan lelehan nasal yang busuk. Konjunktivitis, lakrimasi, dan hepatitis akut dengan demam kuning juga pernah diperhatikan. Penemuan dalam hepatitis akut termasuk loya dan muntah, hilang selera makan, dan hati yang membesar dan menjadi lembut. Dos maut kromat terlarutkan adalah lebih kurang 5 g, dan had pendedahan kepada debu logam dan |