Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata merentas 1


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
electrokinetic potentialkeupayaan elektrokinetikKejuruteraanPetroleumSinonim : 1. keupayaan elektroturasan 2. keupayaan arusan Perbezaan keupayaan yang wujud akibat aliran elektrolit menerusi bahantara yang poros yang terbina daripada bahan bukan logam. Keupayaan ini timbul dalam arah merentas suatu rerambut. ion-ion yang terdapat dalam lorong laluan akan terus terbawa pergi oleh bendalir yang menyerbu masuk sehingga menyebabkan berlakunya penyesaran cas. Masing-masing hujung rerambut yang berkenaan akan mempunyai cas-cas yang berlawanan di antara satu dengan yang lain. keupayaan ini adalah satu daripada juzuk yang membina keupayaan diri. Bagi kes formasi yang telah digerudi, keupayaan ini boleh wujud akibat pergerakan lumpur gerudi masuk melantasi kek lumpur atau formasi yang telap.
atomic volumeisi padu atomKimiaTiadaRuang yang dipenuhi dengan 1 mol sesuatu unsur, iaitu jisim atom relatif unsur tersebut dibahagi dengan ketumpatan. Dalam jasual berkala, isi padu atom bagi sesuatu unsur menjadi semakin kecil apabila merentas kala dan semakin besar apabila menuruni kumpulan.
flow, laminaraliran laminarHidrologiTiadaAliran bendalir yang daya kelikatannya melebihi daya-daya lain. Dalam aliran alur zarah bendalir bergerak dalam laluan yang hampir tentu dan secara nisbinya licin tanpa campuran merentas lintang yang nyata. Di aliran alur, aliran laminar terjadi apabila nombor Reynold lebih kecil dari 500-2000 dan di aliran melalui medium berliang apabila nombor Reynold lebih kecil dan 1-10.

Kembali ke atas