biodegradable | terbiodegradasi | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Keupayaan sesuatu bahan untuk mereput secara semula jadi dan tidak membahayakan alam sekitar, contohnya bioplastik. |
sick fish | ikan sakit | Perikanan | Akuakultur | Ikan yang menunjukkan simptom seperti mata membonjol, sisik tanggal, sisik menegak, sirip dan ekor mereput, badan berubah warna, luka, timbul ulser, lesi dan berkeadaan lemah. |
neutron | neutron | Fizik | Nanoteknologi | Zarah keunsuran neutral yang menjadi juzuk kepada nukleus atom. Jisim zarah ini ialah 1.008664904 (+-) 0.000000014 unit jisim atom. Neutron bebas dihasilkan dalam tindak balas pembelahan nuklear atau dalam proses pereputan beberapa bahan radioaktif, terutamanya pereputan zarah beta. Neutron bebas adalah tidak stabil, mempunyai separuh hayat 614.6 (+-) 1.3 saat (s) dan mereput dengan memancarkan zarah ?-. |
infosuria | infosuria | Perikanan | Akuakultur | Sejenis zooplankton yang sangat halus dan seni yang terdapat di dalam air tawar. Saiz infosuria yang kecil membuatkannya sesuai untuk dijadikan sebagai makanan anak ikan yang baru menetas dengan saiz pembukaan mulut anak ikan yang kecil seperti anak ikan ketutu. Infosuria diperlukan untuk pembentukan dan memenuhi keperluan nutrisi anak ikan. Infosuria boleh dihasilkan dengan merendam bahan tumbuhan seperti kulit betik atau kubis di dalam bekas berair sehingga mereput. Infosuria juga boleh dilihat dengan mata kasar sebagai benda asing atau serbuk berwarna putih yang berenang secara putaran di atas permukaan air pada waktu pagi. |