Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.re.ta/.kan] | مرتقکن

Definisi : menjadikan retak, menyebab­kan retak: cahaya matahari ~ genting-genting atap; isu Cyprus telah lama ~ hubungan antara Greek dgn Turki; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.re.ta/.kan] | مرتقکن

Definisi : menjadikan atau menyebabkan retak: Panas matahari dan hujan telah ~ tembok batu rumahnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
retak (kata nama)
1. Rujuk rekah

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan cacat, cela, kekurangan,
Berantonim dengan sempurna

3. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan renggang, ganggang, jauh,
Berantonim dengan mesra

Kata Terbitan : meretak, meretakkan, keretakan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
acid fractureretakan asidKejuruteraanPetroleumMeretakkan formasi produktif dengan menggunakan asid yang disuntikkan ke dalam formasi berkenaan pada tekanan tinggi. Asid tersebut akan mengikis permukaan liang atau permukaan retakan yang sedia terdapat di dalam formasi berkenaan supaya terbentuk saluran yang lebih lebar dan lebih lurus sehingga akan meningkatkan daya pengeluaran formasi tersebut. Operasi ini biasanya dilakukan ke atas formasi batu kapur yang keras.
formation fracturingperetakan formasiKejuruteraanTiadaKaedah perangsangan telaga dengan cara meretakkan formasi yang berkaitan.
هاشمةluka hasyimaṯAgama IslamFiqhLuka yang dalam sehingga memecahkan atau meretakkan tulang.
nitro shootingtembakan nitroKejuruteraanTiadaKaedah merangsang formasi yang menggunakan nitrogliserin untuk meretakkan formasi.
hydraulic fracturingperetakan hidraulikKejuruteraanPetroleumSinonim : 1. peretakan 2. peretakan formasi Salah satu kaedah perangsangan pengeluaran bagi meningkatkan daya pengeluaran telaga dengan cara meretakkan formasi produktif secara mekanisme hidraulik. Dalam kaedah ini, bendalir disuntikkan ke dalam formasi melalui selongsong atau tetiub dengan kadar yang lebih tinggi daripada kadar yang boleh diterima oleh matriks formasi sehingga terbentuk retakan pada batuan formasi berkenaan. Rujuk : perangsangan.
nitro shootingpenembak nitroKejuruteraanPetroleumProses perangsangan formasi yang pertama kali digunakan di Pennsylvania sekitar 100 tahun yang lalu. Dalam kaedah ini nitrogliserin diletakkan di dalam telaga dan kemudiannya diletupkan untuk meretakkan batuan. Biasanya diletakkan juga pasir dan kerikil di atas cas bahan letupan tersebut untuk meningkatkan kecekapan letupan tersebut. Sekarang kaedah ini sudah tidak digunakan lagi kerana telah digantikan dengan kaedah peretakan formasi.

Kembali ke atas