Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ri.ngan.kan] | مريڠنکن

Definisi : 1. menjadikan ringan, meng­en­­teng­kan, memudahkan: ~ bebanan; dlm usaha ~ hikayat ini, diusahakan supaya ke­asli­­an penulisannya dikekalkan; 2. = me­ringan-ringankan menganggap ringan (mudah dll): ia sangat ~ agamanya; ia se­ngaja ~ hukum; pe­nyakit yg berjangkit tidak boleh diringan-ringan­kan; sembahyang tidak sekali-kali boleh diringan-ringankan; 3. ki mengurang­kan (hukuman): merayu supaya hukuman mati itu diringankan kpd penjara seumur hidup sahaja; ~ kaki sudi datang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ri.ngan.kan] | مريڠنکن

Definisi : 1 menjadikan ringan; memudahkan; menyenangkan: Mesin-mesin moden sesungguhnya telah dpt ~ kerja para petani di kampung. 2 memandang tidak mustahak atau tidak penting; menganggap ringan (mudah): Dia tidak suka ~ agamanya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ringan (adjektif)
1. Bersinonim dengan mudah: senang, ringkas, enteng, gampang,
Berantonim dengan sukar

2. Bersinonim dengan kecil: remeh, enteng, tidak penting, tidak mustahak,
Berantonim dengan penting

Kata Terbitan : meringankan, memperingan,

Peribahasa

Air tawar secawan dituangkan ke dalam laut,
     takkan dapat menghilangkan masinnya.

Bermaksud :

Pertolongan yang sedikit tidak dapat meringankan beban kesengsaraan yang besar.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
continuous gas liftangkat gas berterusanKejuruteraanTiadaSalah satu kaedah angkat gas. Dalam kaedah ini sejumlah kecil isi padu gas yang bertekanan tinggi disuntikkan secara terus menerus ke dalam tetiub atau selongsong. Penyuntikan ini dilakukan melalui injap-injap yang dipasang pada tetiub. Tujuan penyuntikan ialah untuk meringankan terus bendalir sehingga tekanan dasar telaga berkenaan akan turut berkurangan. Dengan demikian akan dihasilkan perbezaan tekanan yang cukup besar di antara formasi berpenghasilan dengan dasar telaga sehingga mengakibatkan telaga yang berkenaan boleh berpenghasilan pada kadar alir yang dikehendaki. Sinonim: angkat gas aliran berterusan.
balance padpad imbangKejuruteraan AutomotifEnjinahagian tebal pada piston atau rod penyambung yang boleh diubah suai ketebalannya melalui pencanaian. Komponen tersebut bersama-sama aci engkol akan menghasilkan suatu sistem penukaran gerakan linear kepada gerakan yang seimbang Tak secara dinamik. Pengubahsuaian ini juga secara tidak langsung dapat meringankan komponen tersebut.

Kembali ke atas