volatile oil | minyak meruap | Herba | Tiada | Minyak pati yang berbau dan mudah meruap. Minyak ini diperoleh daripada bahan herba, contohnya daun, bunga, buah, kulit kayu dan lain-lain melalui penyulingan stim, penyulingan air, pemerahan atau diekstrakkan dengan pelarut mudah meruap. Komponen utama minyak pati terdiri daripada terpena dan terbitannya. Minyak meruap digunakan sebagai bahan perisa (minyak limau purut), bahan wangian (minyak gaharu) atau sebagai bahan pemula untuk sintesis sebatian lain (minyak terpentin). Untuk tujuan terapeutik, minyak meruap digunakan secara sedutan (minyak eukaliptus) dan ubat kumur (timol). Lazimnya kepekatan yang digunakan ialah 1-3% dalam minyak urut, 10 titik untuk air mandian atau 3-5 titik untuk pengewapan. Kawalan kualiti kandungan minyak meruap diukur melalui kaedah penyulingan stim dengan peralatan piawai. Contohnya, British Pharmacopoeia mengehadkan nilai minyak meruap piawai bagi biji buah pelaga tidak kurang 4.0%v/w dan minyak pati bagi kulit kayu manis tidak kurang 1.0%v/w. Sinonim minyak pati. |
volatile oil determination | penentuan minyak meruap/pati | Herba | Tiada | Prosedur penentuan kandungan minyak meruap/pati dalam bahan herba. Nilai peratusannya merupakan ukuran kualiti bahan mentah dan sediaan herba. Kandungan minyak biasanya meruap/pati dalam sejumlah berat bahan diukur dengan kaedah penyulingan stim menggunakan peralatan Clavenger. Contohnya, menurut British Pharmacopoeia, had piawai minyak meruap/pati bagi biji buah pelaga ialah tidak kurang daripada 4.0%v/w dan bagi kulit kayu manis ialah tidak kurang daripada 1.0%v/w. |
gas chromatography | kromatografi gas | Herba | Tiada | Kaedah pemisahan dan pengukuran kuantitatif bahan kimia meruap dan separa meruap yang terdapat dalam herba. Fasa pegunnya terdiri daripada bahan pepejal yang dipadatkan dalam turus atau kapilari. Fasa geraknya terdiri daripada bahan gas seperti helium, nitrogen atau hidrogen. Kromatografi gas digunakan dalam analisis kawalan kualiti sebahagian bahan herba, terutamanya yang mengandungi minyak pati dan minyak meruap. Lazimnya dalam analisis ini, larutan sampel herba disuntik ke dalam turus atau kapilari. Bahan kimia dalam ekstrak yang terpisah akan dikesan oleh alat pengesan seperti pengesan pengionan nyala (FID) dan menghasilkan profil kromatogram dalam bentuk puncak. Nilai masa penahanan (Rt) dan luas di bawah lengkung bagi setiap puncak yang terpisah ditentukan. |
volatile generation | penjanaan meruap | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Penghasilan sebatian meruap melalui proses pemanasan sesuatu bahan. Contohnya, penghasilan pirazina melalui pirolisis asid amino. |
volatile oil | minyak meruap | Herba | Pemiawaian | Minyak pati yang berbau dan mudah meruap. Minyak ini diperoleh daripada bahagian herba seperti daun, bunga, buah dan kulit kayu melalui penyulingan stim dan penyulingan air. Contohnya, minyak pati serai wangi (Cymbopogon nardus), minyak pati daun kesum (Polygonum minus) dan minyak pati pudina (Mentha arvensis). |
derivatization | penerbitan | Kimia | Kimia Analisis | Proses peningkatan sifat mudah meruap sebatian sebelum disuntik, dalam kromatografi gas. Beberapa jenis sebatian dapat bertindak dengan reagen penerbitan yang mengandungi klorin atau fluorin untuk membentuk sebatian mudah meruap. Contohnya agen penerbitan trifluoroasetik anhidrida dapat digunakan untuk menerbitkan sebatian mudah meruap seperti karbohidrat, asid amino atau alkohol. |
acetal | asetal | Fizik | Nanoteknologi | Cecair mudah meruap, tidak berwarna dan mudah terbakar. Formula kimianya ialah CH3CH(OC2H5)2. Molekul bahan ini dapat bergabung dengan molekul polimer lain, seperti poliaktida dan polietilena-glikol bagi membentuk misel. |
essential oil | minyak pati | Herba | Tiada | Lihat minyak meruap. |
alcohol | alkohol | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Cecair mudah meruap dan tidak berwarna, yang sesetengahnya boleh digunakan sebagai bahan api enjin kenderaan. |
absolute alcohol | alkohol mutlak | Herba | Pemiawaian | Cecair tidak berwarna yang boleh meruap, mengandungi sekurang-kurangnya 99.5% etanol per isi padu/berat (campuran minimum 0.5% air) dan berformula molekul CH3CH2OH. Cecair ini digunakan sebagai pelarut dalam pengekstrakan herba untuk pemiawaian. Sinonim alkohol dehidrasi. |