Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ru.gi.kan] | مروݢيکن

Definisi : 1. menjadikan rugi, men­datang­kan rugi (kpd): pemogokan kereta api yg berjalan selama tiga bulan telah ~ per­usa­haan itu berpuluh-puluh juta ringgit; ber­juta-juta ringgit hasil petani telah di­rugikan oleh sistem padi kunca; 2. sengaja menjual lebih rendah drpd harga pokok, sengaja me­rugi: kerana menerima ceng­keram, petani-petani kita ~ hasil pertanian mereka; 3. mem­­bawa akibat dll yg kurang baik (kpd): dirasainya tidaklah ~ kiranya ia terus belajar di sekolah malam; aku tidak sekali-kali ber­niat hendak ~ hidupmu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ru.gi.kan] | مروݢيکن

Definisi : 1 menyebabkan rugi; mendatangkan rugi: Pemogokan itu telah ~ syarikat tsb berjuta-juta ringgit. 2 membawa atau mendatangkan sesuatu yg tidak baik: Tidaklah ~ jika ia terus belajar di sekolah malam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rugi (adjektif)
Bersinonim dengan bankrap, muflis, tidak untung;,
Kata Terbitan : berugi, merugi, merugikan, kerugian,

Peribahasa

Seperti gajah putih ditambat.

Bermaksud :

Seseorang yang merugikan orang yang memeliharanya.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
symbiosissimbiosisPerubatanTiadaPerdampingan hidup antara dua organisma yang berlainan. Perdampingan ini mungkin boleh: (a) menguntungkan kedua-dua pihak (mutualisme), (b) menguntungkan satu pihak sebarang kesan kepada pihak yang satu lagi (komensalisme), (c) menguntungkan tanpa satu pihak, tetapi merugikan pihak yang satu lagi (parasitisme), (d) merugikan satu pihak tanpa sebarang kesan kepada pihak yang satu lagi (amensalisme), (e) merugikan kedua-dua pihak (sinnekrosis).
adverse concequencesakibat buruk; akibat merugikanPentadbiranTiadaTiada
business failuregagal niagaPentadbiranTiadaUsaha perniagaan yang merugikan.
pestperosakBiologiPatologiOrganisma yang menganggu, merosakkan dan merugikan manusia, ternakan dan benda lain secara langsung atau tidak. Perosak termasuklah patogen, nematod, serangga, rumpai, haiwan besar seperti tikus dan gajah.
barratrybaratriPelayaranTiadaPerbuatan yang dilakukan oleh nakhoda atau anak kapal yang merugikan pemilik kapal, penyewa atau pengeluar insurans seperti melarikan, meninggalkan atau menenggelamkan kapal.
advantage ruleperaturan advantejSukanTiadaWisel tidak dibunyikan terhadap kesalahan yang akan merugikan pihak lawan.
churn ratekadar pulangan pelangganTeknologi MaklumatTiadaKadar langganan klien yang membatalkan langganan untuk mendapatkan langganan perkhidmatan daripada syarikat lain. Kadar yang tinggi merugikan syarikat kerana perbelanjaan untuk menarik pelanggan baru melalui iklan dan pemasaran lebih tinggi. Sinonim pulangan pelanggan
fraudulent misrepresentationsalah nyata tipuan; salah nyata fraudPentadbiran PerniagaanTiadaKenyataan yang sengaja dipalsukan bertujuan supaya orang lain bertindak ke atas kenyataan tersebut yang boleh merugikan mereka atau kenyataan yang dibuat secara lalai atau cuai tanpa mengambil kira sama ada kenyataan itu benar atau palsu.
abuse of powerpenyalahgunaan kuasaUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPenggunaan kuasa secara tidak sah. Situasi ini wujud apabila pihak yang memiliki kuasa menggunakan kuasa tersebut untuk mengeksploitasi keadaan atau merugikan pihak lain tanpa boleh dijustifikasikan. Penyalahgunaan kuasa juga boleh berlaku apabila pihak berkuasa tidak berusaha secara bersungguh-sungguh mengadili pihak yang menyebabkan eksploitasi, kecederaan atau kerugian kepada pihak lain.
actionable subsidiessubsidi boleh diambil tindakanUndang-undangUndang-undang AntarabangsaBantuan yang diberikan kerajaan kepada pengeluar tempatan, sama ada syarikat atau industri, selain daripada subsidi dilarang dan subsidi tidak boleh diambil tindakan. Subsidi boleh diambil tindakan timbul jika terdapat bukti subsidi tersebut merugikan industri tempatan negara lain, mengurangkan manfaat yang didapati oleh negara lain daripada penurunan tarif negara pemberi subsidi atau mendatangkan kemudaratan serius kepada kepentingan negara lain. Contohnya, kerajaan negara X memberikan lembu susu percuma kepada pengeluar susu tertentu di Negara tersebut. Jika susu itu dieksport ke negara Y pada harga yang tidak dapat disaingi oleh pengeluar negara Y, bantuan lembu susu tersebut boleh dianggap sebagai subsidi boleh diambil tindakan.
12

Kembali ke atas