Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ru.mit.kan] | مروميتکن

Definisi : menyukarkan, menyulitkan, me­­nyusahkan: kalau dirinya sakit, keadaan lebih ~ lagi, dia tidak dapat pergi ke laut; perkara cadangan di luar negeri itu akan ~ per­­jalanan Bank Negara; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ru.mit.kan] | مروميتکن

Definisi : menjadikan rumit; menyusahkan; menyukarkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rumit (adjektif)
Bersinonim dengan sukar, susah, payah, sulit, kompleks, rencam, leceh, ruwat, remeh, runyam;,
Kata Terbitan : merumitkan, kerumitan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
tall opponentlawan tinggiSukanTiadaPetinju yang menerima lawan yang lebih tinggi dan ini memerlukan seni perlawanan yang merumitkan.
encrypted virusvirus tersulitTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerVirus komputer yang kodnya disulitkan oleh pencipta virus. Virus jenis ini akan merumitkan pengesanan oleh perisian antivirus dan sistem pengesan pencerobohan kerana pola yang sering berubah serta sukar diramal.
armoured virusvirus berperisaiTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerVirus yang berupaya menghalang pengguna menganalisis kodnya. Virus ini menggunakan beberapa kaedah bagi merumitkan lagi penjejakannya seperti pemisahan dan penyusunan semula kodnya.
bleed through (pull-up)puncak santakSains ForensikTiadaPuncak dalam elektroferogram bagi lokus yang diuji dengan kit multipleks yang menggunakan fluorokrom berbilang untuk pelabelan primer. Walau bagaimanapun, keadaan ini boleh merumitkan data DNA forensik. Fenomena ini boleh dikesan oleh perisian ABI GeneScan(R) apabila jumlah produk tindak balas rantai polimerase (PCR) terlampau tinggi. Puncak yang diperhatikan dalam satu warna bukan disebabkan oleh kehadiran DNA tetapi disebabkan oleh imbang balas yang tidak tepat akibat pertindihan spektrum empat jenis pewarna yang digunakan.
pregnancykebuntinganVeterinarTiadaKeadaan ibu haiwan yang membawa janin di dalam kandungannya. Dalam keadaan ini, haiwan perlulah diberi makanan yang berkualiti tinggi. Jangka masa kebuntingan biasanya berbeza mengikut baka dan jenis haiwan. Haiwan yang sedang bunting biasanya diberi makanan berserabut tinggi bagi mengelakkan daripada menjadi terlalu gemuk kerana boleh merumitkan proses beranak. Tempoh purata kebuntingan bagi lembu ialah 283 hari, kambing dan biri-biri 150 hari, babi 114 hari, arnab 32 hari dan kuda 340 hari.
phasefasaTeknologi MaklumatTiada1. Dalam gelombang isyarat analog, fasa ialah perbezaan di antara dua gelombang. Fasa juga ditakrifkan sebagai ‘hubungan masa di antara dua isyarat’ pada paksi mendatar atau paksi masa. Apabila hubungan masa dua isyarat adalah sama, kedua-dua isyarat dikatakan “dalam fasa”, dan amplitudnya akan bertambah. Apabila hubungan masa dua isyarat adalah berbeza maka situasi ini dikatakan sebagai “keluar dari fasa” dan amplitudnya berkurangan. Keadaan ini meninggalkan kesan yang merumitkan dalam akustik. 2. Dalam pembangunan multimedia, fasa merujuk kepada satu peringkat pembangunan tersebut. Contohnya fasa penyediaan papan cerita.
phasefasaTeknologi MaklumatTiada1. Dalam gelombang isyarat analog, fasa ialah perbezaan di antara dua gelombang. Fasa juga ditakrifkan sebagai ‘hubungan masa di antara dua isyarat’ pada paksi mendatar atau paksi masa. Apabila hubungan masa dua isyarat adalah sama, kedua-dua isyarat dikatakan “dalam fasa”, dan amplitudnya akan bertambah. Apabila hubungan masa dua isyarat adalah berbeza maka situasi ini dikatakan sebagai “keluar dari fasa” dan amplitudnya berkurangan. Keadaan ini meninggalkan kesan yang merumitkan dalam akustik. 2. Dalam pembangunan multimedia, fasa merujuk kepada satu peringkat pembangunan tersebut. Contohnya fasa penyediaan papan cerita.
act of wartindakan perangSains PolitikHubungan AntarabangsaMenurut tatacara peraturan antarabangsa, negara atau pemerintah mempunyai hak untuk mengambil tindakan perang apabila merasakan perlu berbuat demikian. Prinsip yang boleh mengekang tindakan perang ini dipengaruhi oleh pertimbangan kebajikan umum. Namun demikian, dalam keadaan mutakhir ini piagam PBB mengenai peperangan dengan jelas telah memutuskan sempadan tindakan pemaksaan (perang) secara sah atau tidak sah. Tindakan kekerasan hanya boleh dikenakan bagi tujuan mempertahankan diri. Walau bagaimanapun, dalam keadaan mekanisme pengurusan konflik yang lemah kebanyakan negara menangani konflik secara kekerasan termasuklah perang. Dalam keadaan semasa, perang gerila dan tindakan keganasan secara terancang menjadikan peraturan peperangan tidak dapat dilaksanakan secara berkesan. Penglibatan pihak asing dalam kancah perang saudara dan perang antara negara merumitkan lagi keadaan, seperti krisis di Timur Tengah.

Kembali ke atas