hydrosol | hidrosol | Fizik | Nanoteknologi | Koloid yang tersebar di dalam air. Koloid merupakan ampaian zarah halus bersaiz 1 nanometer - 1 mikrometer yang terdiri daripada bahan organik dan bukan organik yang tidak larut di dalam air. |
ionic mobility | kegerakan ion | Kimia | Kimia Analisis | Halaju mutlak ion-ion. Ia merupakan halaju ion-ion dalam unit cm s-1 bagi kecerunan keupayaan 1 volt per cm dan diberi oleh ungkapan U+ = λ+/F dan U- = λ-/F. F ialah pemalar Faraday, λ+ dan λ- ialah kekonduksian ion bagi kation dan anion. |
sensitivity | kepekaan | Kimia | Kimia Analisis | Amaun bahan atau unsur dalam larutan yang menghasilkan ukuran tertentu. Contohnya dalam spektroskopi serapan atom, kepekaan larutan akueus merupakan kepekatan unsur dalam bahagian per juta atau (μgml-1 atau mgl-1) dalam larutan akueus yang memberikan nilai serapan 0.00436 atau setara dengan 1% serapan. |
lyric | lirik | Kesusasteraan | Tiada | 1. Sajak yang merupakan susunan kata sebuah nyanyian. 2. Karya sastera yang berisi curahan perasaan peribadi. |
autosome | autosom | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Kromosom yang bukan kromosom seks. Autosom dipaparkan secara berpasangan dan mempunyai ahli yang berbentuk sama, tetapi berbeza daripada pasangan lain dalam sel diploid. Autosom merupakan kromosom bernombor yang mengandungi gen bagi sebarang perkara yang tidak berkait dengan penentuan seks. Contoh, lembu mempunyai 29 pasang autosom yang bernombor daripada 1 hingga 29. Nombor ini menunjukkan saiz autosom. Kromosom 1 merupakan kromosom yang terpanjang dan kromosom 29 merupakan kromosom yang terpendek. |
abyssal bed form | bentuk dasar abis | Sains Marin | Tiada | Bahagian lantai lautan yang sangat rata yang terdiri daripada endapan di dasar laut yang paling dalam. Kecerunan di bahagian ini kurang daripada 1:1000. Ia merupakan morfologi kawasan lantai lautan di kawasan abis. |
courante | korant | Muzik | Tiada | 1. Tarian popular Zaman Barok dari Perancis yang bertempo perlahan, mengandungi hemiola dan mempunyai ritma sinkopasi. Korant merupakan gerakan kedua dalam suite yang bermeter tripel dan dalam bentuk biner. 2. Korant berasal dari Itali yang bertempo laju dan bermeter tripel. |
partita | partita | Muzik | Tiada | 1. Variasi yang berasaskan melodi popular dan melodi lain pada abad ke-16 dan abad ke-17. Partita juga merupakan tajuk koral partita untuk organ oleh J.S. Bach (1685-1750). 2. Enam buah suite untuk alat hapsikord BWV 825-830 (1731) oleh J.S.Bach. |
caliper | angkup | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | (1) Alat untuk mengukur diameter silinder atau sfera. (2) Alat yang terdapat dalam brek cakera, yang merupakan bekas untuk lapik brek dan omboh brek. |
concentration cell | sel kepekatan | Kimia | Kimia Analisis | 1. Sel elektrokimia untuk mengukur keupayaan kepekatan ion yang keupayaan daya gerak elektrik elektrod yang terhasil merupakan perbezaan daya gerak elektrik antara sel yang diketahui kepekatannya dengan sel yang tidak diketahui kepekatannya. 2. Sel elektrokimia yang daya gerak elektriknya terhasil akibat daripada perbezaan kepekatan elektrolit pada anod dan katod yang sama. |