active attack | serangan aktif | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Percubaan memutuskan hubungan komunikasi dengan cara menghalang penghantaran mesej, mengubah mesej, menyimpan mesej dan menghantarkan kembali pada masa akan datang, atau bertindak sebagai �orang tengah� di antara penghantar dan penerima. Contohnya, tindakan melancarkan serangan DoS terhadap suatu sistem komputer sehingga menyebabkan pengguna lain tidak dapat mencapai sistem komputer tersebut. Banding serangan pasif dan serangan ulangan. |
stream cipher | sifer alir | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Kategori penyulitan yang membenarkan penerima mesej memulakan aktiviti penyahsulitan pada mesej walaupun mesej berkenaan belum lengkap diterima sepenuhnya. Dalam sifer alir, perubahan dari teks sifer ke teks biasa hanyalah bergantung pada aksara semasa, kekunci penyahsulitan, algoritma penyulitan dan maklumat kawalan. Antara kelebihan sifer alir ialah kelajuan penyahsulitan yang tinggi dan kesan rebakan ralat yang rendah. Contoh sifer alir ialah sifer Vernam, sifer Caesar dan sifer Vigenere. |
decoding | merungkai kod | Kesusasteraan | Tiada | Proses interpretasi terhadap mesej oleh penerima mesej. Proses ini berdasarkan set peraturan yang tertentu atau kod bahasa tertentu, sama ada dalam bentuk pertuturan, tulisan, simbol atau visual. Istilah ini digunakan dalam semiologi. Lihat juga semiologi semiotik. |
direct message | mesej terus | Teknologi Maklumat dan Komunikasi | Tiada | Mesej peribadi yang dihantar melalui laman sosial yang hanya boleh dilihat oleh penerima sahaja. |
nonrepudiation | tanpa sangkalan | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Keadaan yang menyebabkan seseorang tidak dapat menafikan perbuatannya berdasarkan bukti yang sahih kecuali dibuktikan sebaliknya. Contohnya, mesej yang ditandatangani secara digital dengan kekunci persendirian. Penyahsulitan mesej tersebut dengan menggunakan kekunci awam akan membuktikan mesej telah dihantar. Penafian terhadap tandatangan hanya boleh dilakukan sekiranya kekunci persendirian tersebut dibuktikan dicuri oleh pihak lain. Lihat juga tandatangan digital. Banding sangkalan. |
asymmetric encryption | penyulitan tak simetri | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Kaedah penyulitan yang menggunakan dua kekunci yang berbeza, iaitu kekunci awam dan kekunci persendirian. Kekunci awam digunakan untuk penyulitan mesej, manakala kekunci persendirian untuk penyahsulitan mesej. Sinonim penyulitan kekunci awam. |
private message | mesej peribadi | Teknologi Maklumat dan Komunikasi | Tiada | Sinonim direct message. |
personal message | mesej peribadi | Teknologi Maklumat dan Komunikasi | Tiada | Sinonim private message. |
covert timing channel | saluran pemasaan terselindung | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Saluran rahsia yang menggunakan proses perubahan suatu butir data pada jurang masa tertentu untuk menyiarkan isyarat 1 atau 0. Siaran isyarat ini boleh digunakan semula untuk membentuk mesej rahsia. Contohnya, perisian pelayan komputer sasaran menambah atau membuang titik noktah pada mesej log masuk. Sekiranya wujud noktah, hal ini menunjukkan binari 1, sekiranya tiada, maka hal ini menunjukkan binari 0. Apabila perubahan ini dilakukan berulang kali, noktah ini boleh digunakan untuk menyiarkan mesej rahsia yang panjang. |
message | perutusan; pesanan; mesej | Kesusasteraan | Tiada | Amanat, nasihat yang harus disampaikan atau dilakukan kepada orang lain. |