automation | automasi | Ekonomi | Tiada | Penggunaan alat mekanik dan elektronik yang maju, seperti komputer, mesin kira, mesin pendua, dan robot, yang boleh membantu mempercepat proses sesuatu pengeluaran. Automasi meningkatkan daya pengeluaran dan mungkin mengurangkan penggunaan tenaga manusia. Automasi merupakan kesan daripada kemajuan teknologi. |
cell repair machine | mesin baiki sel | Fizik | Nanoteknologi | Satu mesin dalam skala nano atau mesin molekul yang dilengkapi dengan penderia, peralatan dan nanokomputer yang diprogram untuk mengesan dan membaiki kerosakan sel dan tisu. Mesin ini juga dapat melapor balik dan menerima arahan daripada pakar perubatan. |
cash recycling machine (CRM) | mesin kitar semula tunai | Perbankan | Tiada | Mesin dwifungsi yang menggabungkan perkhidmatan pengeluaran dan deposit tunai. Mesin ini akan memudahkan para pelanggan untuk membuat transaksi perbankan seperti deposit tunai, pemindahan dana dan pengeluaran tunai dengan lebih mudah. |
machine consciousness | kesedaran mesin | Teknologi Maklumat | Tiada | Percubaan oleh individu yang mereka cipta dan menganalisis mesin bermaklumat untuk menerapkan kaedah melalui pelbagai cara bagi memahami kesedaran dan memeriksa peranan kesedaran dalam mesin bermaklumat. |
rotor order | tertib rotor | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Kedudukan permulaan bagi setiap rotor yang terkandung dalam mesin sifer penyulitan mekanikal seperti mesin Enigma. Kedudukan ini akan menentukan dan mengubah teks sifer yang terhasil daripada penggantian teks biasa yang ditaip pada mesin sifer tersebut. Tertib setiap rotor boleh diubah pada setiap sesi komunikasi sulit untuk menggagalkan usaha penyahsulitan oleh pemintas mesej. Walau bagaimanapun, penghantar dan penerima mesej mesti bersetuju atas tertib rotor yang sama untuk memastikan yang mesej boleh disampaikan dengan betul. |
press machine | mesin tekan | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Mesin untuk menekan dan/atau melipat logam |
machine intelligence | kecerdasan mesin | Teknologi Maklumat | Tiada | Keupayaan mesin melakukan fungsi yang biasanya dikaitkan dengan kecerdasan manusia, seperti pembelajaran dan penyelesaian masalah. |
bamboo splitter machine | mesin pembelah buluh | Buluh | Tiada | Mesin untuk membelah buluh bulat yang mempunyai pelbagai tatabentuk seperti empat, enam dan lapan. |
open knife machine | mesin pemotong awal | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Mesin untuk memotong bahagian awal kepingan logam yang dibentang untuk membuang bahagian yang rosak. |
T stud machine | mesin stad T | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Mesin untuk melekatkan stad pada bahagian atas rangka pintu luar supaya pelengkung plastik dapat dipasang. |