Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mes.ra] | مسرا

Definisi : 1. bercampur benar-benar, menyerap benar-benar, berpadu, bersebati: gaul serbuk besi dgn belerang sampai ~ di dlm satu lesung; kanji drpd beras ini mudah ~ ke dlm daging kain; 2. erat atau karib benar (ber­sahabat, berkasih-kasihan, dll): laki-laki dan perempuan itu kelihatan berbual-bual dgn amat ~nya; perhubungan yg ~; 3. muluk­-muluk (janji dll), indah-indah, sedap (bunyi dll), nyaman: janji-janji ~ semasa bercinta; suaranya kedengaran lebih ramah dan ~ lagi; ~ alam tidak memudaratkan atau menjejas­kan kualiti alam sekitar: kenderaan ~ alam; ~ pengguna mudah digunakan (difahami, dikendalikan dsb), terutamanya oleh orang yg tidak mahir: komputer ~ pengguna; bermesra, bermesra-mesra 1. bersahabat (bergaul, bercampur) dgn mesra, berbaik-baik, beramah-ramah: sekalian kawan lelaki dan perempuan berkumpul beramai-ramai, ~ bertegur sapa; 2. bercengkerama, bercumbu­cumbu, berasmara: janganlah selalu sangat mencuri naik ke rumah Pak Khamis utk ~ dgn anak gadisnya itu; bermesraan 1. bergaul atau bersahabat dgn ramah mesra antara satu sama lain; Allah mencipta manusia utk berkenalan dan ~ antara satu sama lain, bukannya utk ber-musuh-musuhan dan benci-membenci; 2. melakukan hubungan mesra (memujuk, merayu) ketika memadu kasih asmara, ber­cumbu-cumbuan, bercengkerama; bermesra-mesraan 1. saling menunjukkan sikap mesra antara satu sama lain, bermesra­an: lalu wujudlah perasaan suka bekerja-sama, berkasih sayang dan ~ sehingga berjaya pula mewujudkan sebuah organisasi yg lebih mantap; 2. saling memujuk dan merayu ketika memadu kasih asmara, ber­cumbu-cumbuan: taman bunga merupakan salah satu tempat yg disukai muda-mudi utk ~; memesrai mendatangkan rasa mesra pd: dia sendiri membalas senyum yg diharapkannya benar-benar dapat ~ hati pemuda itu pula; memesrakan 1. memadukan (mencampur­kan) sungguh-sungguh; 2. menyenangkan, menyamankan: Nahidah mulai merasakan sesuatu yg ~ pula; 3. menjadikan (persaha­batan, diri, dsb) lebih rapat dgn pihak lain: dia tidak lagi memberi ruang dlm hatinya utk ~ dirinya dgn Tuhan; termesra sudah berpadu benar; kemesraan perihal mesra: anaknya itu masih kecil, masih haus kpd kemanjaan dan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mes.ra] | مسرا

Definisi : 1 menyerap atau bercampur benar-benar; berpadu; sebati: Gaul serbuk besi dgn belerang itu sampai ~. 2 sangat rapat atau karib benar (bkn persahabatan dll): Persahabatan mereka ~ sekali. kasih ~ cinta kasih yg erat. ~ alam tidak memudaratkan atau tidak menjejaskan kualiti alam sekitar (bkn penggunaan sesuatu atau sesuatu kegiatan). ~ pengguna mudah digunakan (difahami, dikendalikan dsb) terutamanya oleh orang yg kurang mahir (bkn sesuatu). bermesra 1 bergaul atau bersahabat dgn mesra. 2 bercumbu-cumbuan; berasmara. bermesraan bermesra antara satu dgn yg lain: Pasangan itu dilarang ~ di tempat awam kerana perbuatan itu boleh menimbulkan rasa tidak selesa di kalangan orang lain. bermesra-mesraan saling menunjukkan sikap mesra; saling memujuk dan merayu (ketika bermesraan). memesrakan 1 menjadikan benar-benar sebati; memadukan. 2 menjadikan mesra; mengeratkan. kemesraan rasa mesra; keadaan mesra: Mereka berasa selesa dgn ~ yg ditunjukkan oleh tuan rumah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mesra (adjektif)
1. Bersinonim dengan sebati: berbaur, bersatu, bercampur baur,

2. Bersinonim dengan erat: karib, akrab, ikrab, intim, rapat, dekat,
Berantonim dengan renggang

3. Dalam konteks janji
bersinonim dengan muluk-muluk, indah-indah, gah, sedap, enak, nyaman,

Kata Terbitan : bermesra, memesrakan, kemesraan,

Puisi
 

Rendang sungguh pohon ara,
     Tumbuh subur tepi telaga;
Tidak salah berkenal mesra,
     Tatasusila perlu dijaga.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Tepung kena ragi.

Bermaksud :

Pertemuan yang sangat mesra; pekerjaan yang lancar.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
readerlymesra bacaKesusasteraanTiadaSifat teks yang bahasanya bersifat telus dan menggambarkan alam secara harfiah. Jalan cerita dan perwatakan dalam teks agak jelas. Oleh itu, pembaca hanya memainkan peranan yang pasif. Jenis karya ini diperkenalkan oleh pengkritik strukturalisme Perancis, iaitu Roland Barthes dalam bukunya bertajuk S/Z pada tahun 1970 bagi membezakannya dengan jenis karya yang dikenali sebagai cabar baca. Lihat juga cabar baca.
walkaboutjelajah mesraSosiologiTiadaTiada
environmental friendlymesra alam sekitarTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauProduk, perkhidmatan atau aktiviti yang tidak memberikan kesan negatif terhadap alam sekitar.
family-friendly policydasar mesra keluargaSosiologi KeluargaTiada-
green globalglobal hijauPelanconganTiadaAktiviti sejagat yang berkonsepkan mesra alam, seperti berkongsi kereta ke tempat kerja.
ecopackagingekopembungkusanTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauPembungkusan mampan yang mesra alam untuk membantu mengurangkan kerosakan alam sekitar dan gangguan ekologi.
sustainable fashionfesyen lestariKesenianTiadaFesyen pakaian yang diperbuat daripada bahan mesra alam sekitar, seperti fabrik kitar semula. Fesyen ini juga tidak banyak menggunakan tenaga kerja.
disturbed family relationshiphubungan keluarga renggangKejururawatanTiadaPerhubungan kekeluargaan yang tidak mesra yang boleh mengakibatkan gangguan kepada pemulihan pesakit.
ecolabelekolabelTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauPelabelan produk atau perkhidmatan yang mesra alam. Contohnya, label bintang tenaga digunakan untuk produk elektronik dan automobil.
green buildingbangunan hijauTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauStruktur lestari yang mesra alam sekitar di sepanjang kitar hayat, bermula daripada proses merancang, mereka bentuk, membina, menyelenggara, mengubah suai, meroboh dan melupuskan sisa. Bangunan hijau dibina dengan menitikberatkan orientasi optimum bangunan di atas tapak pembinaan, penggunaan bahan binaan hijau, penggunaan tenaga dan air yang cekap, penelitian terhadap kualiti persekitaran dalam bangunan dan penghasilan sisa yang minimum.
1234

Kembali ke atas