positive-displacement meter | meter anjakan positif | Kejuruteraan | Tiada | Sinonim: meter isi padu. Peranti pengukuran kadar alir bendalir yang mengalir di dalam sistem atau paip tempat peranti tersebut dipasang, iaitu digunakan sebagai meter aliran. Pengukuran dilakukan berdasarkan konsep sesaran atau anjakan bendalir, iaitu dengan mengisi dan mengosongkan kebuk yang mempunyai isi padu tertentu. Anjakan atau sesaran bendalir tersebut dilakukan dengan menggunakan omboh yang bergerak ke depan dan ke belakang, omboh berayun, bilah berputar, tangki yang secara automatik boleh diisi dan dikosongkan, dan sebagainya. |
quantity meter | meter kuantiti | Kejuruteraan | Tiada | Sejenis meter bendalir yang digunakan untuk mengukur isi padu aliran. |
survey meter | meter tinjau | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Alat mudah alih yang digunakan untuk mengesan dan mengukur keamatan sinaran. Alat ini perlu ditentukur, mampu untuk memberikan bacaan dalam julat dan tenaga sinaran yang betul, digunakan dengan bateri berkekuatan yang sesuai, dan tarikh tempoh tentukuran tidak melampaui tarikh yang dibenarkan. Meter tinjau merupakan salah satu alat yang diperlukan semasa melaksanakan kerja-kerja radiografi industri. |
meter | meter | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Alat yang digunakan untuk pengukuran. |
meter | meter | Kesusasteraan | Tiada | Matra: Irama sajak. Dalam puisi ada 4 jenis asas membentuk irama sajak. i. Bentuk kuantitatif. ii. Berdasarkan tekanan. iii. Berdasarkan suku kata. iv. Berdasarkan tekanan dan suku kata serentak. |
meter | meter | Muzik | Tiada | Tanda masa untuk menetapkan jenis ritma dan sukatan masa setiap bar sesuatu karya muzik. Sinonim tanda masa. |
dwell meter | meter inap | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Alat untuk mengukur sudut inap atau tempoh masa titik sentuh dalam keadaan tertutup. |
pH meter | meter ph | Kimia | Kimia Analisis | Alat yang digunakan untuk mengukur pH larutan secara langsung. Ia merupakan suatu voltmeter elektronik yang menggunakan elektrod kaca dan elektrod kalomel yang memberikan penukaran langsung perbezaan voltan kepada skala pH pada suhu larutan yang diiukur. |
volume meter (volumeter) | meter isi padu | Kejuruteraan | Tiada | Lihat meter anjakan positif. |
metre | meter | Kesusasteraan | Tiada | Susunan unit tekanan dan bukan tekanan dalam baris puisi yang menghasilkan ritma. Unit ini disebut sebagai unit meter. Susunan unit meter dalam puisi berdasarkan salah satu daripada yang berikut: (a) Bilangan suku kata yang ditekankan dalam baris. (b) Bilangan suku kata yang ditekankan dan tidak ditekankan dalam baris. (c) Bilangan suku kata dalam baris. Istilah ini berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud �ukuran�. Lihat juga ritma. |