green metric | metrik hijau | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Ukuran berasaskan aspek proses yang berkaitan dengan prinsip kimia hijau. Metrik hijau digunakan untuk mengukur kecekapan atau prestasi keseluruhan atau sebahagian sesuatu proses kimia. Sinonim metrik kimia hijau. |
green chemistry metric | metrik kimia hijau | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Lihat metrik hijau. |
ecoscale | ekoskala | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Kaedah metrik yang digunakan untuk menilai kualiti penjanaan sesuatu bahan organik berdasarkan hasil, kos, aspek keselamatan dan keadaan penyediaan. |
E-factor | faktor E | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Indeks metrik kimia hijau untuk mengukur nisbah jisim sisa bagi setiap jisim produk. Faktor E dikenali juga sebagai faktor persekitaran. |
celsius | celsius | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Skala suhu yang digunakan dalam sistem metrik. |
green building index | indeks bangunan hijau | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Kaedah penarafan metrik pada bangunan hijau untuk menggalakkan kemampanan dalam alam sekitar yang direka bentuk. Kaedah ini akan meningkatkan kesedaran dalam kalangan pihak berkepentingan seperti pemaju, arkitek, jurutera, perancang, kontraktor dan orang awam mengenai isu alam sekitar dan tanggungjawab terhadap generasi akan datang. |
cubic centimenter (cc) | sentimeter padu (cm�) | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Unit isi padu dalam sistem metrik. 1 sentimeter padu (1 cm�) sama dengan 0.061 in�. Unit ini digunakan untuk mengukur keupayaan enjin. |
atom economy | ekonomi atom | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Nisbah jisim molar produk yang dikehendaki terhadap jisim molar semua bahan tindak balas pada reaksi stoikiometrik yang dikira dalam bentuk peratusan. Ekonomi atom merupakan salah satu daripada metrik hijau yang digunakan untuk mengukur tahap kehijauan sesuatu sintesis atau tindak balas kimia. |
reaction mass efficiency | kecekapan jisim tindak balas | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Kaedah pengukuran kecekapan apabila jisim reaktan yang bertindak balas bertukar kepada produk yang ditentukan. Kecekapan jisim tindak balas biasanya dinyatakan dalam bentuk peratusan dan merupakan metrik pengukuran tahap kehijauan sesuatu proses atau sintesis. |