Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.wa.ki.li] | مواکيلي

Definisi : menjadi wakil kpd, bertindak sbg wakil atau pengganti kpd atau bagi pihak (seseorang dll), menyulihi: peguam yg telah disahkan oleh mahkamah tertinggi boleh hadir di mana-mana mahkamah utk ~ orang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.wa.ki.li] | مواکيلي

Definisi : menjadi wakil kpd; menggantikan sbg wakil: Beliau telah dilantik utk ~ Malaysia dlm persidangan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
wakil (kata nama)
1. Bersinonim dengan utusan
( orang tengah, ejen, wasitah, pengantara, badal, telangkai, )

2. Bersinonim dengan pengganti: sulih, pemangku, naib, penolong, timbalan,

Kata Terbitan : mewakilkan, mewakili, perwakilan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
synecdochesinekdokiKesusasteraanTiadaKiasan yang menggunakan sebahagian objek untuk mewakili keseluruhannya. Contohnya, satu kepala mewakili seorang. Dalam fiksyen Dickens, beliau kerap menggunakan bahagian tubuh badan untuk mewakili watak. Contohnya, watak Mrs. Merdle dalam karyanya bertajuk Little Dorrit disebut The Bosom. Dalam pertuturan popular, Liverpool bermaksud pasukan bola sepak dari bandar tersebut. Sinekdoki juga terdapat dalam bahasa wartawan. Contohnya, Moscow bermaksud kerajaan Soviet. Sinekdoki dibina melalui beberapa cara, iaitu yang umum mewakili yang khas, seperti �law� untuk seseorang polis, dan yang khas mewakili yang umum seperti �strings� untuk �string instruments�.
ion-electron methodkaedah elektron ionKimiaKimia AnalisisKaedah yang digunakan bagi mengimbangkan persamaan redoks. Kaedah ini membahagi tindak balas redoks kepada dua persamaan separa iaitu yang mewakili pengoksidaan dan yang mewakili penurunan. Dalam larutan akueus, H+, OH-, H2O dan elektron ditambah. Tindak balas yang lengkap didapati dengan menggabungkan kedua-dua persamaan separa itu.
avataravatarTeknologi Maklumate-PembelajaranSejenis ikon yang mewakili seseorang secara dalam talian. Dalam konteks e-pembelajaran, avatar boleh mewakili seorang pengajar ataupun pelajar yang sedang mengikuti sesi pembelajaran.
phylogenetic nodenod filogenetikBioinformatikTiadaTitik pencabangan yang mewakili hasil taabiran jujukan leluhur. Terdapat tiga jenis nod, iaitu nod dalaman, nod luaran dan nod punca. Nod dalaman ialah titik pencabangan untuk dua atau lebih cabang yang mewakili hasil taabiran jujukan leluhur. Nod ini juga merujuk kepada leluhur sama paling terkini (MRCA). Manakala nod luaran ialah titik terminal tunggal yang dikenali juga sebagai dedaun pepohon filogenetik. Nod punca pula ialah nod permulaan pada pepohon yang juga mewakili leluhur sama untuk nod dalaman. Lihat juga leluhur sama paling terkini (MRCA).
microarray analysisanalisis mikrotatasusunanBioinformatikBioinformatik MolekulKaedah untuk mengenal pasti tahap pengekspresan gen dengan melihat status gen tersebut, sama ada terekspresi atau pun tidak. Pengekspresan gen adalah melalui pengekspresan mRNA yang dibezakan melalui perwakilan pewarna hijau dan merah. Kebiasaannya pewarna hijau mewakili sel sihat, sementara pewarna merah mewakili sel berpenyakit atau sel kanser. Pengimbas mikrotatasusunan digunakan untuk melihat corak pengekspresan gen tersebut. Corak tompok hijau mewakili pengekspresan gen sihat, tompok merah mewakili pengekspresan gen kanser dan tompok kuning mewakili kedua-dua hijau dan merah, iaitu berlakunya aktiviti penghibridan. Kawasan hitam pula merujuk kepada gen yang tidak terekspres. Lihat juga bioinformatik mikrotatasusunan.
gene networkrangkaian genBioinformatikBioinformatik MolekulInteraksi sesama gen dalam satu sel. Rangkaian gen diwakili sebagai gambar rajah yang terdiri daripada nod yang mewakili gen atau hasilan gen dan sisi yang mewakili hubungan berpasangan di antara gen-gen.
public adjusterajuster awaminsuransTiadaPenyelaras yang mewakili insured dengan mengenakan bayaran perkhidmatan dalam penyelesaian tuntutan.
local agentejen tempataninsuransTiadaEjen yang mewakili syarikat insurans untuk menjual perkhidmatan sebagai kontraktor bebas, berdasarkan komisen. Biasanya ejen seperti ini menjalankan perniagaannya di sesuatu kawasan yang ditetapkan dan khususnya adalah seperti yang ditetapkan di bawah kontrak.
visa agencyagensi visaPelanconganTiadaOrganisasi yang mewakili individu atau kumpulan untuk mendapatkan kebenaran memasuki sesebuah negara.
canonkanonKesusasteraanTiadaKoleksi karya unggul yang mewakili sesuatu zaman atau genre.
1234567

Kembali ke atas