Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.wa.ngi.kan] | مواڠيکن

Definisi : menjadikan wangi, meng­harumkan: teh ini dibubuh sehiris limau nipis yg bertikam cengkih, bukan utk menghiasnya tetapi utk ~nya (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.wa.ngi.kan] | مواڠيکن

Definisi : menjadikan wangi; mengharumkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mewangikan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
oil of cloveminyak cengkihKesenianTiadaMinyak daripada bunga cengkih untuk melambatkan kekeringan cat minyak dan juga sebagai campuran untuk mewangikan cat campuran air.
Styrax benzoinkemenyanHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan jenis pokok dalam famili Stryracaceae. Tumbuhan ini biasanya tumbuh dalam hutan tanah pamah hingga hutan bukit. Daunnya jenis ringkas, tersusun berselang, permukaan bawah daun diliputi bulu putih halus. Bunganya kecil berwarna putih. Buahnya berbentuk leper. Kandungan kimia utamanya ialah asid benzoik. Kemenyan juga ialah damar yang terdapat pada batang pokok ini. Damar yang telah keras berwarna perang, kelabu dan hitam. Asid benzoik bersifat antibiotik, antiseptik dan mengawet. Kemenyan dimakan atau asapnya dihidu untuk merawat angin ahmar, pitam selepas bersalin, masalah dalam perut dan usus, buasir, membantu membuang kahak, melawaskan kencing, mewangikan badan dan afrodisiak. Kemenyan ditabur dalam air mendidih kemudian asapnya dihidu untuk merawat selesema, radang peti suara, bronkitis dan masalah pernafasan. Kemenyan juga digunakan secara luaran untuk merawat luka, kudis, bisul, kurap, luka selepas berkhatan, mengatasi masalah kulit kering dan alahan. Air rebusan kulit batang diminum untuk mewangikan badan. Kemenyan dibakar dalam upacara keagamaan dan perubatan tradisional.

Kembali ke atas