Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ya.kin.kan] | ميقينکن

Definisi : 1. menyaksikan sendiri supaya yakin, mengesahkan sendiri, menentukan: dia hendak ~ sendiri apakah adiknya ada terlibat dlm perkara itu; 2. menyebabkan yakin, menjadikan yakin: mereka tidak membawa apa-apa senjata utk ~ orang Mekah bahawa kedatangan mereka bukanlah kerana hendak berperang; 3. dgn bersungguh-sungguh (membuat sesuatu), tidak main-main, serius: pelukisan masyarakat dlm kesusasteraan yg bercorak sejarah kurang ~ kerana diselingi dongeng-dongeng daerah; 4. menimbulkan keyakinan:hujah yg ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ya.kin.kan] | ميقينکن

Definisi : 1 melihat dgn mata kepala sendiri supaya yakin; menyaksikan: Ia hendak ~ sama ada perkara itu benar-benar berlaku atau tidak. 2 menyebabkan atau menjadikan yakin: Keterangan drpd ketiga-tiga orang saksi ~ tuan hakim bahawa yg dituduh itu tidak bersalah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata meyakinkan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sell upjual tinggiPentadbiran PerniagaanTiadaMeyakinkan pelanggan untuk membeli barangan atau menyewa bilik yang lebih mahal.
persuasionpujukanKesusasteraanTiadaBentuk gubahan yang dicipta untuk meyakinkan tentang kebijaksanaan sesuatu tindakan.
argumentationhujahanKesusasteraanTiadaSalah satu bentuk wacana, untuk meyakinkan pembaca atau pendengar dengan mengemukakan kebenaran atau kepalsuan sesuatu usul atau saranan.
convincing powerdaya pengaruhPentadbiranTiadaKeupayaan seseorang pemimpin untuk meyakinkan pihak lain.
ham actinglakon lampauKesenianDrama dan TeaterGaya lakon berlebih-lebihan dan tidak meyakinkan untuk mengajuk atau memperolokkan manusia yang berjaya, yang ingin berjaya atau yang gagal memainkan peranan mereka dalam kehidupan. Pelakon yang menggunakan gaya ini tidak menunjukkan kemampuan atau kemahiran sebagai pelakon dan tidak menyedari gaya tersebut sudah ketinggalan.
beyond a reasonable doubtmelampaui keraguan munasabahSains ForensikTiadaTahap pembuktian yang akan meyakinkan mahkamah dengan kepastian yang sangat tinggi bahawa sesuatu dakwaan itu adalah benar.
motivationdorongan/motivasiKesusasteraanTiadaJustifikasi aksi sesuatu watak dalam plot berikutan dengan sebab yang meyakinkan dan mendorong ke arah berlakunya sesuatu aksi, lebih merupakan kombinasi beberapa situasi yang merangsang lahirnya suatu situasi aksi watak dalam sesebuah karya.
characterizationpencirian; perwatakanKesusasteraanTiada2. Imej: Imej-imej manusia yang diimaginasikan penulis dicipta dengan begitu meyakinkan sehingga pembaca dapat merasakannya sebagai sesuatu yang nyata dan dari segi ukuran sesebuah cereka.
eye-contacthubung pandangKesenianDrama dan TeaterLagak gaya pelakon yang biasanya pelakon utama untuk meyakinkan perkara yang sedang dilafazkan dengan memandang tepat pada seseorang penonton.
motivationmotivasiKesenianDrama dan TeaterJustifikasi terhadap aksi sesuatu watak dalam plot berikutan sebab yang meyakinkan dan mendorong ke arah berlakunya sesuatu tindakan. Motivasi biasanya mengandungi kombinasi antara unsur psikologi dengan peristiwa luaran. Sinonimrangsangan.
123

Kembali ke atas