Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : simbol kimia bagi magnesium. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kep miligram. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mg


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
acceptance criteriakriteria penerimaanHerbaTiadaKriteria formal had numerik, julat atau ukuran lain sebagai memenuhi syarat penerimaan suatu prosedur analisis. Contohnya, had 415 mg hingga 500 mg serbuk daun herba Sennae folium berasaskan 12.5 mg glikosida hidroksiantrasena sebagai senosida B bagi memenuhi syarat bahan atau sediaan herba terpiawai.
repetitionperulanganKesusasteraanPuisiGaya bahasa dalam puisi y,mg terdapat pengulangan perkataan, ungkapan, baris dan juga rangkap. Contohnya, pengulangan baris, 'bila kita bertemu' petikan daripada puisi "Pertemuan" dalam antologi Bunga Gerimis karya Adi Badiozaman Tuah. Baris tersebut diulang permulaan baris setiap rangkap. Tujuan pengulangan dalam puisi selain dari untuk menguatkan maksud tertentu adalah juga untuk menimbulkan suasana pengucapan yang muzikal, berirama dan indah. Bila kita bertemu jangan kaurebahkan diri di atas ranjang kenangan kerana untuk merenangi semula tasik ingatan itu Bila kita bertemu biarlah kita berdepan bagi sepasang kekasih mencari tapak kekuatan masa kini
high-potassium dietdiet tinggi kaliumSains KesihatanTiadaDiet yang membekalkan 4000 hingga 6000 mg kalium dalam sehari.
quantified extractekstrak terkuantitiHerbaTiadaSediaan ekstrak herba yang mengandungi kuantiti yang setara dengan bahan herba yang diungkap dalam julat (x - y) dan nisbah julat bahan herba dengan sediaan herba tulen yang dinyatakan dalam kuantiti yang tepat dan nisbah ini diungkapkan sebagai (a-b) : 1. Kandungan ekstrak terkuantiti dinyatakan dalam suatu julat. Contohnya, ekstrak kering terkuantiti daun ginkgo (Ginkgo folium) dalam aseton (60%v/v) mengandungi 60 mg ekstrak yang setara dengan 13.2 - 16.2 mg flavonoid sebagai glikosida flavon, 1.68 - 2.04 mg ginkgolida A, B dan C serta 1.56 - 1.92 mg bilobalida.
purine-restricted dietdiet terhad purinaSains KesihatanTiadaDiet yang mengehadkan pengmabilan purin kepada 120-150 mg. sehari.
phenylalanine-restricted dietdiet terhad fenilalaninaSains KesihatanTiadaDiet yang mengehadkan pengambilan fenilalanina kepada 12-25 mg/kg berat tubuh.
constant weightberat tetapHerbaTiadaNilai berat yang diperoleh apabila dua penimbangan berturutan tidak memberikan perbezaan melebihi 0.5 mg bagi setiap 1 g bahan. Selagi berat tetap tidak tercapai, bahan akan dipanaskan atau dipijar pada satu tempoh masa tambahan (biasanya satu jam) mengikut kesesuaian sifat bahan mentah herba, sebelum penimbangan seterusnya dilakukan.
oxygen minimum layerlapisan minimum oksigenSains MarinTiadaLapisan air bawah permukaan yang kandungan oksigen terlarutnya sangat rendah (biasanya < 2 mg/l), lebih rendah daripada lapisan air di atas dan di bawahnya. Contohnya, zon di bawah aras termoklin yang rendah kandungan oksigen terlarutnya kerana tiada percampuran dengan air yang kaya oksigen di lapisan atasnya.
saponitesaponitFizikNanoteknologiGalian tanah liat yang terdiri daripada bahan silikat aluminium dan magnesium berair. Rumus kimianya ialah 1/2(Ca,Na)0.33 (Mg,Fe+2)3 (Si,A1 )4 O10(OH)2.4H2O dan berstruktur monoklinik. Galian ini bersifat amorfus lembut, pejal dan berplastik, dan terdapat dalam rongga batu.
water hardnesskeliatan airPerikananAkuakulturKeadaan air yang mengandungi garam terlarut seperti kalsium dan magnesium. Terdapat dua jenis keliatan, iaitu keliatan sementara dan keliatan kekal. Keliatan air yang optimum untuk ternakan adalah antara 75 – 200 mg/L CaCO3.
12

Kembali ke atas