microwave oven | ketuhar mikrogelombang | Kimia | Kimia Analisis | Ketuhar yang menggunakan kuasa frekuensi mikrogelombang untuk pemanasan dalaman yang kuat. Ia boleh digunakan untuk penghadaman sampel dalam masa yang singkat. |
microwave | mikrogelombang | Kimia | Kimia Analisis | Sinaran elektromagnet yang mempunyai panjang gelombang di antara 1 mm hingga 30 cm. Ia boleh dijanakan oleh tiub kuasa frekuensi radio daripada arus terus voltan tinggi. |
microwave assisted technology | teknologi berbantu mikrogelombang | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Teknik elektropemanasan yang melibatkan penukaran tenaga elektrik kepada medan elektrik berfrekuensi tinggi dan seterusnya kepada tenaga haba. Teknologi ini digunakan untuk memanaskan sebarang bahan yang mengandungi cas elektrik mudah alih, contohnya molekul berkutub dalam pelarut atau ion dalam pepejal. Proses ini diakui mempunyai kecekapan tenaga hampir 100%. |
near-field microwave microscopy (NFMM) | mikroskopi mikrogelombang medan dekat (NFMM) | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Kaedah yang digunakan untuk pencirian bahan secara kuantitatif dengan mengukur tindak balas gelombang pada skala tertentu, yang panjang gelombangnya lebih pendek daripada gelombang elektromagnet tuju. Prinsip pengukuran seperti dalam rajah. |
rotational transition | peralihan perputaran | Kimia | Kimia Analisis | Peralihan elektron yang terhasil daripada penyerapan sinaran mikrogelombang dan melibatkan putaran molekul. |
yttrium iron garnet (YIG) | ytrium besi garnet (YIG) | Fizik | Keadaan Pepejal | Bahan ferimagnet tiruan yang wujud dalam bentuk struktur hablur garnet. Bahan ini digunakan dalam peranti mikrogelombang kerana mempunyai garis serapan resonans magnet yang sempit. Formula kimianya ialah Fe5Y3O12. |
electromagnetic sensor | sensor elektromagnet | Fizik | Nanoteknologi | Penderia yang menggunakan perubahan pada medan elektrik atau medan magnet secara pasif atau aktif yang berubah dengan masa untuk mengesan sesuatu parameter. Contohnya, penggunaan sistem radar untuk mengesan fenomena atmosfera yang berkemungkinan berbahaya kepada kapal terbang atau dalam penggunaan perisikan bagi mengesan isyarat mikrogelombang jarak jauh, kesan daripada pergerakan pernafasan manusia. |