Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mi.kro.skop] | ميکروسکوڤ

Definisi : alat yg menggunakan kanta utk menjadikan objek kecil kelihatan besar; ~ elektron mikroskop berkeupayaan tinggi yg menggunakan alur elektron utk meng­hasilkan imej yg diperbesar; ~ majmuk mi­kroskop yg mempunyai dua sistem kanta (kanta objek dan kanta mata); ~ ringkas mikroskop yg mempunyai sistem kanta tunggal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mi.kro.skop] | ميکروسکوڤ

Definisi : alat utk melihat benda-benda halus; teropong pembesar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mikroskop


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
electron microscopemikroskop elektronFizikNanoteknologiPeranti yang menggunakan elektron sebagai sumber yang mampu membesarkan objek kecil, dengan kuasa peleraian yang tinggi dengan pembesaran dapat mencapai sehingga 500 000 kali ganda atau melebihi dua juta kali bagi sesetengah mikroskop elektron moden. Mikroskop ini digunakan untuk memeriksa bahan biologi, seperti mikroorganisma dan sel, struktur logam dan hablur serta pencirian pelbagai permukaan.
scanning tunneling microscope (STM)]mikroskop penerowongan imbasan (STM)FizikNanoteknologiMikroskop yang mengimej permukaan sampel menggunakan prinsip mekanik kuantum. Satu penduga tajam digerakkan sepanjang permukaan sampel dan voltan elektrik dibekalkan antara penduga dengan permukaan. Bersandar kepada voltan ini, elektron akan menerowong (kesan kuantum mekanik) atau meloncat dari mata penduga ke permukaan menghasilkan suatu arus elektrik lemah. Saiz arus ini berkadaran dengan jarak antara penduga dengan permukaan. Dengan mengatur supaya arus sentiasa tetap, pergerakan turun-naik penduga semasa mengimbas dirakam dan diolah untuk menghasilkan imej topografi permukaan tersebut. Imej yang dapat dirakam adalah sekecil 0.2 nm. Mikroskop ini hanya dapat digunakan ke atas bahan yang mengkonduksi arus elektrik seperti logam, bahan semikonduktor dan polimer pengkonduksian. STM termasuk dalam kategori mikroskop pengimbas penduga (SPM). Banding mikroskop daya atom.
low-voltage scanning electron microscope (LVSEM)mikroskop elektron pengimbasan voltan rendah (LVSEM)NanoteknologiTeknik Pencirian NanobahanMikroskop elektron yang beroperasi pada voltan pemecut 5 kiloelektronvolt (keV) atau kurang. Mikroskop elektron konvensional menggunakan voltan 10 � 1000 kilovolt.
scanning near-field thermal microscope (SNTM)mikroskop pengimbasan medan dekat terma (SNTM)NanoteknologiTeknik Pencirian NanobahanPengimbas mikroskop yang digunakan untuk memetakan suhu setempat dan kekonduksian terma antara muka. Kuar pada mikroskop ini peka terhadap suhu setempat seperti termometer pada skala nano.
scanning probe microscope (SPM)mikroskop penduga pengimbasan (SPM)NanoteknologiTeknik Pencirian NanobahanAlat yang digunakan untuk mengimbas permukaan bahan menggunakan kuar (prob) bagi mendapatkan imej permukaan bahan. Imej permukaan diperoleh menerusi pergerakan mekanik kuar atas permukaan bahan secara baris demi baris, sambil merakamkan saling tindakan kuar-permukaan sebagai fungsi kedudukan. Contoh mikroskop jenis ini ialah mikroskop penerowongan imbasan (STM) dan mikroskop daya atom (AFM). Kedua-dua mikroskop ini dapat mengimej butiran zarah bersaiz nanometer.
spermatozoa motilitykemotilan spermatozoaPenternakanGenetik dan PembiakbakaanKeadaan yang merujuk kepada pergerakan spermatozoa. Kemotilan spermatozoa boleh dilihat jelas dan dinilai di bawah mikroskop. Selain menggunakan mikroskop, kemotilan spermatozoa ini juga boleh dinilai menggunakan alat penganalisis semen berkomputer. Hasil daripada penilaian ini, peratus kemotilan spermatozoa dapat ditentukan. Lazimnya peratus kemotilan spermatozoa yang baik ialah > 70%.
magnetic force microscopy (MFM)mikroskopi daya magnetik (MFM)FizikNanoteknologiPenggunaan mikroskop daya magnet untuk mencerap fasa magnet suatu sampel dengan cara mengimbas suatu penduga pada permukaan sampel. Alat yang biasa digunakan ialah mikroskop daya atom yang menggunakan suatu penduga khas yang peka kepada medan magnet. Mikroskop daya magnet dapat mengukur resolusi sehingga 10 nm. Contoh penggunaan alat ini adalah untuk mengkaji fasa magnet pada pita video dan jalur magnet bagi kad kredit atau kad bank. Lihat juga mikroskop daya atom (AFM).
scanning probe microscopy (SPM)mikroskopi penduga imbasan (SPM)FizikNanoteknologiKajian terhadap suatu bahan menggunakan mikroskop yang dapat menghasilkan imej permukaan bahan menerusi alat penduga yang mengimbas permukaan bahan tersebut. Imej permukaan diperoleh menerusi pergerakan mekanik penduga atas permukaan bahan secara baris demi baris, sambil merakamkan saling tindakan penduga-permukaan sebagai fungsi kedudukan. Contoh mikroskop jenis ini ialah mikroskop penerowongan imbasan (STM) dan mikroskop daya atom (AFM). Kedua-dua mikroskop ini dapat mengimej butiran zarah bersaiz nanometer.
morphologymorfologiFizikNanoteknologiStruktur seperti sfera, pepaku atau dataran yang biasanya dirujuk kepada permukaan suatu pepejal. Morfologi suatu permukaan dapat dicerap dalam imej tiga dimensi menggunakan mikroskop daya atom atau mikroskop penerowongan pengimbasan.
photoelectron-emission microscope (PhEEM)mikroskop fotoelektron pancaran (PhEEM)NanoteknologiTeknik Pencirian NanobahanSejenis mikroskop elektron yang menggunakan pancaran elektron untuk menghasilkan imej yang beza jelas. Pancaran elektron biasanya dihasilkan oleh sinar UV (ultraungu), sinar sinkroton, atau sinar-X.
1234567

Kembali ke atas