body language | bahasa tubuh | Sains Kesihatan | Tiada | Gerak tubuh dan mimik muka yang digunakan dalam komunikasi nonverbal. |
dumb show | lakonan bisu | Kesusasteraan | Tiada | Lakonan tanpa ujaran yang mengutamakan bahasa isyarat, mimik muka dan pergerakan badan. Persembahan ini kerap mentafsirkan aksi utama drama secara simbolik atau alegorikal. Contohnya drama berjudul Aduh dan Edan oleh Putu Wijaya yang dilakonkan sepenuhnya tanpa dialog. Persembahan ini mungkin berbentuk drama dalam drama atau dalam bentuk pantomim. Lihat juga novel gotik. |
carricature | karikatur | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang menggambarkan perangai, perbuatan, sama ada pertuturan atau mimik. Tujuannya untuk menimbulkan kejenakaan dan ketawa kepada khalayak. Contohnya, Menggegar batang limau, Terikat lembing dekat kendil; Gementar tulang harimau, Melihat kambing menyandang bedil. |