Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[min.da] | ميندا

Definisi : akal fikiran, daya berfikir: ~ yg disubur-kan dgn ilmu pengetahuan yg banyak, akan menjadi alat yg tajam utk mengatasi ber-bagai-bagai masalah dan mengilhamkan pemikiran baru; kita kurang menggunakan ~ utk berfikir. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[min.da] | ميندا

Definisi : akal fikiran; daya berfikir. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
minda (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan akal budi, akal fikiran, daya berfikir, otak, kepala.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
preconscious mindminda prasedarPerubatanPsikiatriFikiran yang berada di bawah tahap kesedaran dalam tempoh tertentu, tetapi tidak sengaja dipadamkan daripada minda.
surrealismsurealismeKesusasteraanTiadaPemikiran yang menentang segala kekangan yang dihadipi oleh seseorang pengarang dalam usaha untuk mencapai kebebasan berkreatif. Kekangan termasuklah tuntutan urutan logik, nilai moral, adat, norma, sosial dan perancangan dan matlamat berkarya. Pemikiran ini juga beranggapan bahawa �minda dalam� seseorang pengarang adalah punca pengetahuan dan lukisan asli. Justeru, untuk memastikan �minda dalam� itu dapat beroperasi tanpa gangguan, pengamal surealisme bergantung pada penulisan yang bersifat automatik, iaitu penulisan yang dihasilkan atas desakan bawah sedar sepenuhnya yang mengeksploitasi bahan mimpi, keadaan minda yang berada pada tahap antara lelap dengan jaga, igauan atau halusinasi semula jadi atau sebaliknya. Dalam bidang sastera, unsur pemikiran surealisme ini dapat dilihat pada karya prosa dan lirik penulis moden yang telah lari dari kaedah organisasi artistik yang konvensional. Unsur sureliasme juga tertumpu pada eksperimentasi dengan asosiasi bebas, sintaksis bebas, orde yang tidak logik, dan pelanggaran urutan peredaran masa seperti urutan mimpi dan igauan, pada jukstaposisi imejan yang pelik, memeranjatkan atau tidak berkaitan. Pemikiran sualisme ini adalah lanjutan daripada karya Andre Breton dari Perancis berjudul Manifesto on Surrealism (1924). Menurut karya ini, minda harus dibebaskan daripada logik dan kewarasan. Pendapat ini merupakan satu perkembangan revolusionari dalam bidang lukisan, ukiran dan sastera, dan sering digabungkan dengan perkembangan revolusionari dalam bidang lukisan, ukiran dan sastera, dan sering digabungkan dengan perkembangan politik dan perubahan sosial setempat. Pengaruhnya tersebar luar di Eropah dan Amerika. Antara nama ahli surealis yang terkenal dari Negara Perancis ialah Louis Aragon dan Salvador Dali. Di England dan di Amerika, pengaruh surealisme dapat dilihat dalam sajak Dylan Thomas yang menghasilkan penulisan fantasi igauan dan lawak hitam. Pengaruh ini juga ditemui dalam novel Henry Miller karya Thomas Pnychon berjudul V dan karya William Burroughs berjudul Naked Lunch. Istilah super-realism dicetuskan oleh Gullame Appollinaire.
healingrehat mindaUmumTiadaProses apabila keadaan buruk atau emosi yang menyakitkan berakhir atau bertambah baik.
stream of consciousnessaliran kesedaranKesusasteraanTiadaTeknik naratif yang mendedahkan segala isi dan aktiviti dalaman minda watak pada semua tahap kesedaran untuk menggambarkan alirannya yang tidak tersusun dan tidak berkesinambungan. Isi dan aktiviti tersebut termasuklah yang berbentuk memori, persepsi indera, emosi dan renungan. Tujuan teknik ini adalah untuk menyerlahkan imej, perasaan dan pemikiran yang melintasi minda watak tanpa mementingkan logik nahu. Justeru, rakan pemikiran dan perasaan watak muncul sebagai pengaliran yang tidak diaturkan. Walau bagaimanapun, seseorang pengarang masih boleh menstrukturkan asosiasi yang seolah-olah rambang demi memperkaya persoalan dan wawasan yang ingin diterokai. Contohnya, novel Ulysses oleh James Joyce mendedahkan pemikiran dan perasaan protagonisnya, iaitu Leopold bloom. Walau bagaimanapun, struktur dan makna masih boleh ditemui apabila Joyce menggunakan mitos Yunani tentang pengembaraan watak Ulysses untuk menggarap lapisan dalam Leopold Bloom. Berbeza dengan Joyce yang menggunakan mitos Yunani, Virginia Woolf dalam karyanya To the Lighthouse pula mementingkan ulangan imej dominan dalam memerikan lapisan dalaman watak untuk menimbulkan pada puitis. Frasa stream of consciousness dicipta oleh Willian James dalam bukunya Principles of Psychology (1890). Teknik ini dipelopori oleh Dorothy Richardson dalam novelnya yang berjumlah 12 jilid berjudul Pilgrimage (1915-1967), dan oleh James Joyce dalam Ulysses (1922). Teknik ini dimantapkan lagi oleh Virginia Woolf dalam Mrs. Dalloway (1925) dan oleh William Faulkner dalam The Sound and the Fury (1928). Contoh penggunaan teknik aliran kesedaran dalam kesusasteraan Melayu ditemui dalam cerpen �Igau� oleh Shahnon Ahmad. Dalam cerpen ini, Shahnon merakamkan perasaan dan pemikiran watak protagonis untuk mendedahkan rasa keterasingan, kesunyian, dan ketidaktentuan semasa di perantauan. Istilah ini dikenali juga sebagai arus kesedaran.
psychological functionsfungsi psikologiKejururawatanTiadaProses minda yang kompleks sama ada dalam keadaan sedar atau tidak sedar.
reaction formationpembentukan tindak balasPerubatanPsikiatriMekanisme pertahanan minda apabila emosi yang menyebabkan seseorang menjadi cemas atau emosi yang tidak boleh diterima, digantikan dengan tindakan yang berlawanan.
ideaideaKesusasteraanTiadaBuah fikiran atau gagasan yang mengilhamkan minda pengarang untuk berkarya.
occult fictionfiksyen ilmu hitamKesusasteraanTiadaFiksyen yang berasaskan sistem pemikiran mistik atau fiksyen supernatural. Fiksyen ilmu hitam berdasarkan andaian bahawa terdapat realiti misteri yang berada di luar jangkauan dunia nyata. Realiti misteri ini digarap melalui amalan seperti ilmu sihir dan telepati. Telepati ialah perhubungan fikiran dan perasaan secara langsung antara minda seseorang dengan minda seseorang yang lain tanpa melalui deria yang biasa. Fiksyen ini merangkumi cerita fantasi, seram, dan rasukan. Contohnya, The Exorcist oleh William Peter Blatty.
life-cycle thinkingpemikiran kitar hayatTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi Hijau1.      Pendekatan minda yang prihatin agar tidak memberi kesan buruk terhadap alam sekitar dalam melakukan aktiviti kehidupan. 2.     Rangka kerja yang sistematik dengan mengambil kira pandangan menyeluruh terhadap pengeluaran dan penggunaan sesuatu produk atau perkhidmatan serta penilaian kesan terhadap alam sekitar melalui keseluruhan kitar hayat.
thought insertionselitan fikiranPerubatanPsikiatriKepercayaan bahawa fikiran individu yang lain atau kuasa luaran berada dalam minda seseorang.
123

Kembali ke atas